Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cipta dan gunakan suasana dalam Rumah pada iPhone

Dalam app Rumah, anda boleh mencipta suasana yang membenarkan anda mengawal berbilang aksesori pada satu masa. Sebagai contoh, anda boleh membuat suasana “Membaca” yang melaraskan lampu, memainkan muzik lembut pada HomePod, menutup langsir dan melaraskan termostat.

Cipta suasana

  1. Pergi ke app Rumah pada iPhone anda.

  2. Pada tab Rumah, ketik butang Tambah, kemudian ketik Tambah Suasana.

  3. Ketik Tersuai, masukkan nama untuk suasana (seperti “Majlis Makan Malam” atau “Menonton TV”), kemudian ketik Tambah Aksesori.

  4. Pilih aksesori yang anda mahu suasana ini sertakan, kemudian ketik Selesai.

    Aksesori pertama yang anda pilih menentukan bilik tempat suasana ditetapkan. Jika anda mula-mula memilih lampu bilik tidur anda, contohnya, suasana ditetapkan ke bilik tidur anda.

  5. Setkan setiap aksesori kepada keadaan yang anda mahukan apabila anda menjalankan suasana.

    Contohnya, untuk suasana Membaca, anda boleh setkan lampu bilik tidur pada 100 peratus, memilih kelantangan rendah untuk HomePod dan setkan termostat pada 68 darjah.

  6. Uji suasana dan pilih sama ada untuk menunjukkannya pada tab Rumah (suasana kelihatan pada tab Rumah secara lalai), kemudian ketik Selesai.

Gunakan suasana

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Jalankan suasana: Ketik suasana pada skrin Rumah.

    Jika anda telah memutuskan untuk tidak menunjukkan suasana pada tab Rumah, ketik butang Lagi, pilih bilik yang suasana ditetapkan, kemudian ketik suasana.

  • Edit suasana: Sentuh dan tahan suasana, kemudian ketik Edit Suasana.

    Anda boleh menukar nama suasana, menguji suasana, menambah atau mengeluarkan suasana dan banyak lagi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.