Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kosongkan cache dan kuki anda pada iPhone

Anda boleh memadamkan sejarah dan data pelayaran anda untuk mengosongkan cache pada iPhone anda. Tindakan ini mengeluarkan sejarah tapak web yang anda lawati dan carian terkini daripada iPhone anda. Proses ini juga mengeluarkan kuki dan kebenaran yang anda berikan kepada tapak web untuk menggunakan lokasi anda atau menghantar pemberitahuan kepada anda.

Nota: Mengosongkan sejarah pelayaran anda dalam Safari tidak mengosongkan sebarang sejarah pelayaran yang disimpan secara bebas oleh tapak web yang anda lawati, atau sejarah pelayaran anda dalam app lain.

Menu Kosongkan Sejarah. Di bawah Kosongkan Bingkai Waktu, Jam terakhir dipilih. Semua Profil dipilih di bawah Kosongkan Untuk Profil. Butang Kosongkan Sejarah kelihatan di bahagian bawah skrin.
  1. Pergi ke app Safari pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Penanda Buku, ketik butang Sejarah, kemudian ketik Kosongkan.

  3. Di bawah Kosongkan Tempoh Masa, pilih jumlah sejarah pelayaran anda untuk dikosongkan.

    Nota: Jika anda menyediakan profil Safari, pilih profil untuk mengosongkan sejarah profil tersebut sahaja, atau pilih Semua Profil.

  4. Ketik Kosongkan Sejarah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.