Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kesan orang di sekeliling anda menggunakan Pembesar pada iPhone

Jika anda buta atau mempunyai penglihatan yang lemah, anda boleh menggunakan app Pembesar pada iPhone untuk mengesan apabila orang berhampiran dan mendapatkan maklumat tentang jarak mereka. Ini boleh menjadi berguna jika anda mahu mengekalkan penjarakan fizikal atau sosial daripada orang lain.

Penting: Mod Pengesanan tidak sepatutnya digunakan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan, dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, atau untuk menavigasi. Pengesanan orang hanya tersedia pada model iPhone yang disokong.

Kesan orang berhampiran anda

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Mod Pengesanan untuk memulakan Mod Pengesanan.

    Jika anda tidak melihat butang Mod Pengesanan, anda boleh menambahnya. Lihat Sesuaikan kawalan.

  3. Sentuh dan tahan butang Mod Pengesanan, kemudian pastikan Orang dipilih.

  4. Tempatkan iPhone supaya kamera belakang boleh mengesan persekitaran anda. Apabila orang dikesan berhampiran, anda dimaklumkan dengan bunyi, pertuturan, atau maklum balas haptik. Maklum balas menjadi lebih kerap apabila seseorang lebih dekat dengan anda.

    Jika anda tidak mendengar maklum balas bunyi atau pertuturan, pastikan mod Senyap dinyahaktifkan Lihat Laraskan kelantangan.

  5. Untuk menjeda pengesanan buat sementara, dwiketik skrin dengan dua jari. Dwiketik lagi dengan dua jari untuk meneruskan pengesanan. Untuk menghentikan Mod Pengesanan, ketik butang Mod Pengesanan.

Sesuaikan seting untuk mengesan orang

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Seting, kemudian ketik Kesan.

  3. Ketik Orang, kemudian sesuaikan mana-mana daripada berikut:

    • Unit: Pilih Meter atau Kaki.

    • Jarak pic bunyi: Ketik butang Susutan atau butang Tokokan untuk melaraskan jarak untuk maklum balas bunyi. Apabila orang dikesan dalam jarak ini, pic maklum balas bunyi meningkat.

    • Maklum balas: Aktifkan sebarang gabungan Label, Bunyi, Pertuturan dan Haptik. Jika anda mengaktifkan Pertuturan, iPhone menyebut jarak antara anda dan orang lain.

  4. Untuk kembali ke kanta Pembesar langsung, ketik butang Kembali, ketiknya lagi, kemudian ketik Selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.