Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar unit atau mata wang dalam Kalkulator pada iPhone

Aktifkan pertukaran unit untuk menukar panjang, berat, mata wang dan banyak lagi sambil menggunakan kalkulator asas atau saintifik.

Kalkulator asas dengan penukaran mata wang.
  1. Pergi ke app Kalkulator pada iPhone anda.

  2. Semasa menggunakan kalkulator asas atau saintifik, ketik butang Mod Kalkulator, kemudian aktifkan Tukar.

  3. Ketik menu Penukaran dan pilih unit atau mata wang yang anda mahu tukar.

    Leret kategori di bahagian atas senarai untuk melihat yang lain seperti Kelajuan, Masa dan Berat.

  4. Masukkan nilai dalam mana-mana medan untuk melihat pertukaran semasa anda menaip.

Anda juga boleh menukar unit dan mata wang dalam Nota Matematik. Contohnya, tulis atau taip “50 m dalam kaki =” dalam nota.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.