Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan maklumat tentang iPhone anda

Lihat ketersediaan storan keseluruhan dan storan yang digunakan mengikut app

Pergi ke Seting  > Umum > Storan iPhone.

Lihat artikel Sokongan Apple Cara menyemak storan pada iPhone dan iPad anda dan Urus storan iCloud anda.

Lihat penggunaan bateri

Pergi ke Seting  > Bateri untuk melihat masa berlalu sejak iPhone telah dicas serta penggunaan mengikut app.

Anda juga boleh memaparkan paras bateri sebagai peratus, aktifkan atau nyahaktifkan Mod Kuasa Rendah, serta semak kesihatan bateri anda.

Lihat Pantau paras bateri iPhone.

Lihat masa panggilan dan penggunaan selular

Pergi ke Seting  > Selular. Lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone.

Cari IMEI anda

Anda boleh melihat IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa) bagi iPhone anda dalam Seting.

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Perihal.

  2. Skrol bawah untuk mencari IMEI anda.

Lihat nama, model, versi iOS, nombor siri dan banyak lagi

Pergi ke Seting  > Umum > Perihal. Item anda dapat lihat termasuk:

  • Nama

  • Versi perisian iOS

  • Nama model

  • Nombor bahagian dan model. Nombor bahagian kelihatan di sebelah kanan Model. Untuk melihat nombor model, ketik nombor bahagian.

  • Nombor siri

  • Bilangan lagu, video, foto dan app

  • Kapasiti dan ruang storan tersedia

  • Alamat Wi-Fi dan Bluetooth®

  • Rangkaian selular

  • Seting pembawa. Nombor versi seting pembawa kelihatan di sebelah kanan Pembawa. Untuk melihat maklumat pembawa khusus tambahan, ketik nombor versi. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan butiran lanjut.

  • ICCID (Pengecam Kad Litar Bersepadu, atau Kad Pintar) untuk rangkaian GSM

  • MEID (Pengecam Kelengkapan Mudah Alih) untuk rangkaian CDMA

  • Perisian tegar modem

Untuk menyalin nombor siri dan pengecam lain, ketik dan tahan pengecam sehingga Salin kelihatan.

Untuk melihat maklumat Undang-undang & Kawal Selia (termasuk notis dan lesen undang-undang, waranti serta maklumat pendedahan RF) dan tanda kawal selia, pergi ke Seting >Umum > Undang-undang & Kawal Selia.

Pada model yang disokong, anda juga boleh mencari IMEI pada dulang kad SIM dan nombor model dalam pembuka dulang SIM.

Lihat atau nyahaktifkan maklumat diagnostik

Pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan.

Untuk membantu Apple meningkatkan produk dan perkhidmatan, iPhone menghantar data diagnostik dan penggunaan. Data ini tidak mengenal pasti anda secara peribadi tetapi mungkin termasuk maklumat lokasi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.