Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Apple Cash dalam Wallet pada iPhone

Dengan Apple Cash (tersedia di A.S.), anda boleh menghantar dan menerima wang, mendapatkan pulangan tunai daripada transaksi Apple Card, membuat pembelian dan memindahkan baki Apple Cash anda ke akaun bank anda.

Kad Apple Cash dalam Wallet, menunjukkan butang Lagi di bahagian kanan atas, baki semasa dan butang Hantar atau Minta di bahagian tengah, serta transaksi terkini di bahagian bawah.

Sediakan Apple Cash

  1. Pergi ke Seting  > Wallet & Apple Pay.

  2. Ketik Apple Cash, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Apple Cash.

Buat pembelian dengan Apple Cash

Anda boleh membuat pembelian dengan Apple Cash menggunakan Apple Pay atau nombor kad maya:

Hantar dan terima bayaran dengan Apple Cash dalam Mesej

Anda boleh memulakan bayaran orang ke orang dengan mana-mana cara berikut:

  • Dalam Wallet: Pergi ke app Wallet , ketik kad Apple Cash, ketik Hantar atau Minta, kemudian ikut gesaan.

  • Dalam Mesej: Pergi ke app Mesej , mulakan mesej baharu atau ketik perbualan sedia ada, ketik butang App, ketik Apple Cash, kemudian ikut gesaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat, lihat artikel Sokongan Apple Hantar dan terima wang dengan Apple Cash.

Hantar Apple Cash dengan Tap to Cash

Dengan Tap to Cash, anda boleh menghantar Apple Cash kepada seseorang dengan mendekatkan iPhone atau Apple Watch anda ke iPhone atau Apple Watch penerima, tanpa perlu berkongsi nombor telefon atau alamat e-mel anda.

Nota: Tap to Cash disokong pada semua model iPhone dengan iOS 18 atau lebih baharu dan semua model Apple Watch dengan watchOS 11 atau lebih baharu.

Skrin Tap to Cash dalam Wallet yang menunjukkan $20 sedang dipindahkan dan butang Tolak serta Terima di bahagian bawah skrin.
  1. Pergi ke app Wallet  pada iPhone anda.

  2. Ketik kad Apple Cash, ketik Hantar atau Minta, kemudian ketik Tap to Cash.

  3. Masukkan jumlah, tambah nota (pilihan), kemudian ketik Seterusnya.

  4. Sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda.

  5. Pegang iPhone anda berdekatan dengan iPhone atau Apple Watch penerima.

  6. Teruskan memegang peranti anda berdekatan satu sama lain sehingga maklumat pembayaran kelihatan pada skrin penerima.

  7. Penerima boleh memilih Terima atau Tolak.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Tap to Cash.

Urus Apple Cash anda

  1. Pergi ke app Wallet  pada iPhone anda.

  2. Ketik kad Apple Cash, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

Apple Cash dan penghantaran serta penerimaan bayaran menerusi Apple Pay ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Green Dot Bank, ahli FDIC.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.