Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Baca dan tandakan Panduan Pengguna iPhone

Apabila anda melihat Panduan Pengguna iPhone dalam app Safari, anda boleh menukar bahasa dan negara atau rantau, menambahkan penanda buku, atau menyimpannya sebagai pintasan pada Skrin Utama. Anda juga boleh melihat panduan dalam app Petua.

Lihat dan tandakan Panduan Pengguna iPhone dalam Safari

  1. Pergi ke app Safari pada iPhone anda.

  2. Pergi ke https://support.apple.com/ms-my/guide/iphone.

  3. Untuk melihat panduan pengguna dalam bahasa berbeza, skrol ke bawah ke bahagian bawah halaman, ketik pautan negara atau rantau (contohnya, Amerika Syarikat), kemudian pilih negara atau rantau.

  4. Untuk akses pantas, ketik butang Kongsi, kemudian pilih mana-mana daripada berikut:

    • Tambah ke Skrin Utama: Pintasan kelihatan sebagai ikon baharu pada Skrin Utama.

    • Tambah Penanda Buku: Penanda buku kelihatan apabila anda mengetik butang Penanda Buku dalam Safari.

Lihat Panduan Pengguna iPhone dalam Petua

  1. Pergi ke app Petua pada iPhone anda.

  2. Skrol ke bawah ke Panduan Pengguna, kemudian ketik iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.