Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan dan lihat ID Perubatan anda

ID Perubatan memberikan maklumat tentang anda yang mungkin penting ketika kecemasan, seperti alahan, keadaan perubatan dan kenalan kecemasan anda. iPhone dan Apple Watch anda boleh berkongsi ID Perubatan anda secara automatik semasa panggilan kecemasan (A.S. dan Kanada sahaja) dan secara bersemuka kepada penindak pertama.

Cipta ID Perubatan anda

Sediakan ID Perubatan dalam app Kesihatan.

  1. Pergi ke app Kesihatan pada iPhone anda.

  2. Ketik gambar anda di bahagian kanan atas, kemudian ketik ID Perubatan.

  3. Ketik Mulakan atau Edit, kemudian masukkan maklumat anda.

  4. Di bawah Kenalan Kecemasan, ketik Tambah Kenalan Kecemasan, kemudian tambah kenalan anda.

    Selepas panggilan kecemasan tamat, iPhone anda memberikan isyarat kecemasan dengan mesej teks, melainkan anda memilih untuk membatalkan. iPhone anda menghantar lokasi semasa anda (jika tersedia) dan—untuk sementara waktu selepas anda masuk mod SOS—kenalan kecemasan anda menerima kemas kini apabila lokasi anda bertukar.

  5. Ketik Selesai.

Petua: Untuk melihat ID Perubatan anda daripada Skrin Utama dengan cepat, sentuh dan tahan ikon app Kesihatan, kemudian pilih ID Perubatan.

Benarkan perkhidmatan kecemasan dan penindak pertama untuk mengakses ID Perubatan anda,

Maklumat dalam ID Perubatan anda boleh dikongsi secara automatik semasa panggilan kecemasan (A.S. dan Kanada sahaja) dan juga kelihatan pada Skrin Kunci iPhone serta Apple Watch anda.

  1. Pergi ke app Kesihatan pada iPhone anda.

  2. Ketik gambar anda di bahagian kanan atas, kemudian ketik ID Perubatan.

  3. Ketik Edit, skrol ke bawah, kemudian aktifkan Tunjukkan Apabila Dikunci dan Panggilan Kecemasan.

Nota: Penindak pertama melihat ID Perubatan anda daripada Skrin Kunci dengan meleret ke atas atau menekan butang Utama (bergantung pada model iPhone anda), mengetik Kecemasan pada skrin kod laluan, kemudian mengetik ID Perubatan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.