Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kekalkan paparan iPhone anda aktif lebih lama

Paparan iPhone kekal aktif semasa anda melihatnya, tetapi paparan menjadi malap dan akhirnya dikunci (untuk keselamatan anda) apabila anda memandang ke arah lain untuk seketika. Jika anda memerlukan paparan aktif untuk lebih lama (contohnya semasa anda menavigasi dengan Peta), anda boleh menukar tempoh masa yang diambil oleh iPhone untuk malap dan dikunci secara automatik.

Tukar waktu iPhone kunci secara automatik

Anda boleh mengesetkan tempoh masa yang diambil iPhone untuk dikunci secara automatik.

Pergi ke Seting  > Paparan & Kecerahan > Kunci Auto, kemudian pilih tempoh masa.

Menunda atau menghalang Kunci Auto mungkin meningkatkan penggunaan kuasa.

Pastikan Skrin Kunci anda kelihatan dengan paparan Sentiasa Aktif

Pada model disokong seting paparan Sentiasa Aktif membenarkan versi Skrin Kunci anda yang dimalapkan untuk kekal dilihat, walaupun semasa iPhone anda dikunci. Dengan sekilas pandang pada skrin yang dimalapkan, anda boleh menyemak maklumat penting, seperti pemberitahuan, tarikh dan masa, serta maklumat dalam widget anda.

Paparan dinyahaktifkan secara automatik apabila iPhone menghala ke bawah atau dihalang daripada dilihat, tidak berdekatan Apple Watch berpasangan, apabila sesi CarPlay bermula, semasa Kamera Kesinambungan digunakan, semasa Mod Kuasa Rendah aktif, semasa Fokus Tidur aktif, atau pada waktu tidur biasa anda.

Seting paparan Sentiasa Aktif aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkannya, pergi ke Seting  > Paparan & Kecerahan, kemudian nyahaktifkan Paparan Sentiasa Aktif.

Petua: Apabila paparan Sentiasa Aktif diaktifkan, anda boleh memilih sama ada untuk menunjukkan hias latar atau pemberitahuan anda pada Skrin Kunci anda. Dalam Seting > Paparan & Kecerahan > Paparan Sentiasa Aktif, aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan Hias Latar atau Tunjukkan Pemberitahuan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.