Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Apple Intelligence dalam Mesej pada iPhone

Apple Intelligence* membolehkan anda membaca mesej anda lebih pantas dengan ringkasan yang menunjukkan anda perkara utama setiap perbualan dan Balasan Pintar, yang membantu anda menulis balasan dengan cepat.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPhone atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Lihat ringkasan mesej

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Lihat di bawah perbualan dalam senarai Mesej untuk melihat ringkasan mesej belum dibaca dalam perbualan tersebut.

Gunakan Balasan Pintar dalam Mesej

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Ketik perbualan, ketik medan teks, kemudian ketik balasan dicadangkan dalam papan kekunci.

    Apple Intelligence mencipta draf balasan dalam medan teks. Untuk memperhaluskan balasan anda, lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence pada iPhone.

  3. Apabila anda bersedia untuk menghantar balasan anda, ketik butang Hantar.

Aktifkan atau nyahaktifkan ringkasan mesej

Apabila anda mengaktifkan Apple Intelligence, ringkasan kelihatan secara automatik di bawah perbualan mesej anda. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan ringkasan jika anda mahu melihat mesej terbaharu dalam setiap perbualan.

  1. Pergi ke Seting  > App > Mesej.

  2. Aktifkan atau nyahaktifkan Ringkaskan Mesej.

Anda juga boleh mencipta dan menghantar imej asal dengan Image Playground. Lihat Cipta imej asal dengan Image Playground.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta pada semua model iPhone 16, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, dengan bahasa Siri dan peranti disetkan kepada bahasa Cina (Ringkas), Inggeris (Australia, Kanada, India, Ireland, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, UK atau A.S.), Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Portugis (Brazil), atau Sepanyol. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia di semua rantau atau bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.