Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sesuaikan app dan widget pada Skrin Utama iPhone

Anda boleh menyesuaikan ikon dan widget app pada Skrin Utama dengan menukarkan warna app, menambah tinta, menjadikannya lebih besar atau lebih kecil dan mengeluarkan nama app.

Skrin Utama tersuai dengan ikon berwarna emas dan disusun di sekeliling bahagian atas dan sebelah kanan foto untuk membingkaikan foto.
  1. Pergi ke Skrin Utama.

  2. Sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga ikon mula bergoyang.

  3. Ketik Edit di bahagian atas skrin, kemudian pilih Sesuaikan.

  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Jadikan ikon lebih besar: Ketik Besar. (Dalam saiz besar, nama app hilang.)

    • Pilih penampilan gelap atau cerah untuk ikon dan widget: Ketik Gelap atau Cerah. Untuk menunjukkan ikon dan widget dengan penampilan gelap pada waktu malam dan penampilan cerah semasa waktu siang, ketik Automatik.

    • Tambah tinta warna ke ikon dan widget: Ketik Berwarna Sedikit. Gunakan gelangsar untuk memilih warna dan ketepuan. Anda juga boleh menggunakan penitis untuk memilih warna dalam hias latar anda bagi ikon.

      Skrin Utama tersuai dengan ikon berwarna biru dan disusun untuk membingkaikan foto dan kawalan di bahagian bawah skrin bagi menyesuaikan ikon. Pilihan termasuklah Automatik, Gelap, Cerah dan Berwarna, gelangsar untuk memilih warna dan ketepuan, serta butang Kecil dan Besar untuk mengesetkan saiz ikon.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.