Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan dan sesuaikan butang Tindakan pada iPhone

Pada model disokong, iPhone mempunyai butang Tindakan di tempat suis Dering/Senyap. Anda boleh memilih fungsi yang anda mahu butang Tindakan lakukan apabila anda menekannya. Disebabkan butang mudah diakses, ia berguna untuk tindakan yang anda lakukan dengan kerap. (Lokasi butang Tindakan ditunjukkan di bawah.) Mudah untuk menukar butang Tindakan bagi melakukan fungsi yang berbeza.

Skrin menunjukkan yang butang Tindakan terletak di pinggir kiri iPhone 15 Pro. Anda boleh menyesuaikan fungsi butang dalam Seting > Butang Tindakan.

Sesuaikan butang Tindakan

  1. Pada model disokong, pergi ke Seting  > Butang Tindakan.

    Imej bahagian sisi iPhone kelihatan dengan ikon mewakili tindakan yang anda boleh tetapkan kepada butang Tindakan.

    Skrin untuk menyesuaikan butang Tindakan. Kamera ialah tindakan yang dipilih. Ciri lain kelihatan di sebelah kanan dan kiri kamera, termasuk Jangan Ganggu dan Lampu Suluh. Di bawah tindakan ialah titik yang anda ketik untuk bertukar kepada tindakan lain. Di bawah tindakan dipilih, Kamera, terdapat menu pilihan Kamera yang anda boleh ketik untuk ditetapkan ke butang Tindakan.
  2. Untuk memilih tindakan, leret ke tindakan yang anda mahu gunakan—namanya kelihatan di bawah titik.

    Petua: Bagi menyesuaikan butang Tindakan untuk meletakkan iPhone dalam mod Senyap, leret ke butang Mod Senyap. Untuk memilih tindakan lain, leret ke tindakan.

  3. Jika terdapat pilihan tambahan untuk tindakan dipilih, butang Menu kelihatan di bawah tindakan; ketiknya untuk melihat senarai pilihan.

    Untuk tindakan Kawalan, Pintasan dan Kebolehcapaian, anda perlu mengetik butang di bawah tindakan dan memilih pilihan khusus—jika tidak, butang Tindakan tidak melakukan apa-apa.

    Ikon

    Tindakan

    butang Mod Senyap

    Mod Senyap Bertukar antara Senyap dan Dering untuk panggilan dan isyarat.

    butang Fokus

    Fokus: Aktifkan Fokus untuk menyenyapkan pemberitahuan dan menapis gangguan.

    butang Kamera

    Kamera: Buka app Kamera untuk menangkap detik.

    Butang Kecerdasan Visual

    Kecerdasan Visual: Gunakan kecerdasan visual untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat dan objek di sekeliling anda (tersedia pada iPhone 16e, iPhone 15 Pro, dan iPhone 15 Pro Max dan memerlukan Apple Intelligence).

    Nota: Apple Intelligence tidak tersedia dalam semua bahasa dan rantau. Untuk menyemak sama ada Apple Intelligence tersedia untuk peranti, bahasa dan rantau anda, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.

    butang Lampu Suluh

    Lampu suluh: Aktifkan cahaya tambahan apabila anda memerlukannya.

    butang Memo Suara

    Memo Suara: Rakam nota peribadi, idea muzikal dan banyak lagi.

    butang Cam Muzik

    Cam Muzik: Cari lagu yang dimainkan berdekatan atau pada iPhone anda dengan Shazam.

    butang Terjemah

    Terjemah: Terjemahkan frasa atau berbual dengan seseorang dalam bahasa lain.

    butang Kanta Pembesar

    Kanta Pembesar: Tukarkan iPhone anda menjadi kanta pembesar untuk mengezum masuk dan mengesan objek berdekatan anda.

    butang Kawalan

    Kawalan: Akses kawal kegemaran anda dengan cepat.

    butang Pintasan

    Pintasan: Buka app atau jalankan pintasan kegemaran anda.

    butang Kebolehcapaian

    Kebolehcapaian: Gunakan ciri kebolehcapaian dengan cepat.

    Tiada Tindakan

    Tidak melakukan apa-apa.

Gunakan butang Tindakan

Untuk melakukan tugasan yang ditetapkan kepada butang Tindakan, tekan dan tahan butang Tindakan.

Untuk kebanyakan fungsi, butang Tindakan boleh digunakan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan seting. Sebagai contoh, jika tindakan yang dipilih ialah Mod Senyap, anda boleh menekan dan menahan butang Tindakan untuk menetapkan iPhone dalam mod Senyap . Jika anda menekan dan menahan butang Tindakan lagi, ia akan menyahaktifkan mod Senyap.

Tambah kawalan ke butang Tindakan

Anda boleh menetapkan kawalan Pusat Kawalan ke butang Tindakan dan aktifkan atau nyahaktifkan kawalan dengan hanya menggunakan butang Tindakan.

  1. Pergi ke Seting  > Butang Tindakan.

  2. Leret ke tindakan Kawalan, kemudian ketik Pilih Kawalan.

  3. Skrol menerusi kawalan atau cari kawalan yang anda mahu dengan memasukkannya dalam medan carian di atas kawalan.

  4. Ketik kawal yang anda mahu tambah.

    Sebagai contoh, anda boleh menetapkan Mod Gelap ke butang Tindakan dengan mengetik kawalan Mod Gelap. Kemudian anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Gelap dengan menekan dan menahan butang Tindakan.

Gunakan kecerdasan visual dengan butang Tindakan

Kecerdasan visual membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang tempat, objek dan teks di sekeliling anda. Pada model disokong (lihat di bawah), anda boleh menggunakan butang Tindakan untuk mengakses kecerdasan visual.

Nota: Tersedia pada iPhone 16e dengan iOS 18.3 atau lebih baharu dan iPhone 15 Pro serta iPhone 15 Pro Max dengan iOS 18.4 atau lebih baharu. (Pada model dengan Kawalan Kamera, klik dan tahannya untuk mengakses kecerdasan visual.)

  1. Pergi ke Seting  > Butang Tindakan.

    Imej bahagian sisi iPhone kelihatan dengan ikon mewakili tindakan yang anda boleh tetapkan kepada butang Tindakan.

  2. Leret kiri atau kanan sehingga pilihan Kecerdasan Visual kelihatan atas skrin.

    Selepas anda menyelesaikan langkah 1 dan 2, anda tidak perlu mengulangnya untuk menggunakan kecerdasan visual.

  3. Halakan kamera iPhone anda ke arah objek di hadapan anda, kemudian tekan dan tahan Butang Tindakan.

  4. Ketik mana-mana pilihan atas skrin untuk mengetahui lebih lanjut (pilihan berbeza; lihat Gunakan kecerdasan visual pada iPhone).

  5. Ketik butang Tutup untuk menutup hasil kecerdasan visual, kemudian leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk menutup kecerdasan visual.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.