Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Buat dan mainkan tayangan slaid pada iPhone

Dalam app Foto, anda boleh mencipta tayangan slaid untuk melihat koleksi foto dan video yang anda pilih daripada pustaka anda. Tayangan slaid diformatkan secara automatik dan disetkan kepada muzik.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Leret ke bawah untuk melihat grid foto, kemudian ketik Pilih.

  3. Ketik setiap foto yang anda mahu sertakan dalam tayangan slaid, kemudian ketik butang Lagi.

  4. Ketik Mainkan sebagai Tayangan Slaid.

    Nota: Tayangan slaid anda disimpan sebagai memori secara automatik. Untuk melihatnya kemudian, skrol ke bawah ke bahagian Memori app Foto.

Untuk menukar muzik dan tema tayangan slaid serta banyak lagi, lihat Peribadikan memori anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.