Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Periksa pada iPhone untuk memaklumkan rakan yang anda telah tiba

Skrin Periksa menunjukkan rakan akan dimaklumkan dalam masa 14 minit, di bawahnya ialah pilihan untuk melanjutkan masa atau membatalkan Periksa. Di bahagian bawah ialah peta yang menunjukkan lokasi semasa.

Nota: Periksa memerlukan iOS 17 atau lebih baharu untuk kedua-dua pengirim dan penerima.

Cara Periksa berfungsi

Anda boleh menggunakan Periksa pada iPhone untuk memaklumkan rakan yang iPhone anda telah tiba dan memilih butiran yang mereka boleh lihat jika anda tidak berjaya menyelesaikan Periksa anda.

Sama juga, jika rakan anda menghantar Periksa kepada anda tetapi iPhone mereka tidak tiba seperti dijangka, anda boleh melihat lokasi mereka, peratusan bateri, isyarat selular dan banyak lagi.

Hantarkan Periksa

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Karang di bahagian atas skrin dan tambah penerima atau pilih perbualan sedia ada.

  3. Ketik butang App, ketik Lagi, ketik Periksa, kemudian ketik Edit.

  4. Pilih satu daripada berikut:

    • Apabila Saya Tiba: Tentukan destinasi anda, cara anda melakukan perjalanan (memandu, transit atau berjalan) dan tambahkan masa jika perlu. Periksa memantau perjalanan anda dan memaklumkan rakan anda jika iPhone anda tidak membuat kemajuan untuk tempoh masa yang berlanjutan atau tidak sampai ke destinasi anda seperti yang dijangka. Apabila anda berjaya tiba di destinasi anda, Periksa selesai secara automatik dan memaklumkan kepada rakan anda yang iPhone anda telah tiba.

    • Selepas pemasa: Tentukan tempoh masa—contohnya, jika anda bertemu seseorang yang baharu. Jika anda tidak menamatkan Periksa sebelum masa yang anda setkan, Periksa memaklumkan kepada rakan anda.

  5. Ketik butang Hantar.

    Jika iPhone anda tidak tiba di destinasi anda atau anda tidak membatalkan Periksa dan anda tidak membalas gesaan Periksa, butiran perjalanan iPhone anda akan dihantar kepada rakan anda.

    Untuk menukar butiran yang anda mahu kongsikan dengan rakan anda jika anda tidak menyelesaikan Periksa anda seperti yang dijangka, lihat Pilih butiran yang anda kongsi.

    Nota: Jika anda memulakan Periksa dan kemudian hilang perkhidmatan atau iPhone anda mati, penerima Periksa anda mungkin menerima pemberitahuan tertunda atau awal dan mempunyai pilihan untuk melihat butiran iPhone yang anda kongsikan dengan mereka.

Tambah masa kepada sesi Periksa anda

Jika anda memerlukan masa tambahan, anda boleh menambahkan masa ke sesi Periksa anda.

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan dengan rakan yang anda hantarkan Periksa.

  3. Pada mesej Periksa, ketik Butiran, ketik Tambah Masa, kemudian pilih salah satu daripada pilihan.

Batalkan Periksa

Jika anda menyelesaikan perjalanan anda, atau anda mahu menamatkan sesi anda untuk sebarang sebab, anda boleh membatalkan sesi Periksa anda untuk memberitahu rakan anda.

  1. Buka app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan dengan rakan yang anda hantarkan Periksa.

  3. Pada mesej Periksa, ketik Butiran, kemudian ketik Batal Periksa dan sahkan.

Pilih butiran yang anda kongsi

Anda boleh menukar butiran yang anda mahu kongsikan dengan rakan anda semasa sesi Periksa.

  1. Pergi ke Seting  > App > Mesej pada iPhone anda.

  2. Skrol ke bawah dan ketik Data Periksa.

  3. Pilih butiran yang anda mahu kongsikan jika anda tidak menyelesaikan Periksa anda seperti yang dijangkakan:

    • Terhad: Kongsi lokasi semasa anda, selain daripada isyarat rangkaian dan butiran bateri iPhone dan Apple Watch anda.

    • Penuh: Kongsi data di atas (lokasi semasa, isyarat rangkaian dan butiran bateri), selain daripada laluan perjalanan anda dan kali terakhir anda membuka kunci iPhone anda atau mengeluarkan Apple Watch anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.