Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan kawalan pemain muzik pada iPhone

Anda boleh memainkan dan mengawal muzik dalam app Muzik dalam dua cara berbeza—skrin Pemain Mini dan Kini Dimainkan.

Gunakan Pemain Mini

Pemain Mini menunjukkan lagu yang sedang dimainkan. Anda boleh menggunakan Pemain Mini untuk memainkan atau menjeda muzik, atau langkau ke trek seterusnya.

Skrin Pustaka, menunjukkan Pemain Mini berhampiran bahagian bawah. Pemain Mini menunjukkan nama lagu yang sedang dimainkan. Butang Jeda dan Trek Seterusnya berada di sebelah kiri nama lagu. Ketik Pemain Mini untuk membuka skrin Kini Dimainkan.

Gunakan kawalan dalam skrin Kini Dimainkan

Skrin Kini Dimainkan menunjukkan pelbagai kawalan dan butang.
  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Semasa lagu dimainkan, ketik Pemain Mini untuk membuka skrin Kini Dimainkan.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Laraskan kelantangan: Seret gelangsar kelantangan.

      Anda juga boleh menggunakan butang kelantangan di bahagian sisi iPhone.

    • Pergi ke sebarang bahagian dalam lagu: Seret penunjuk main.

    • Navigasi ke artis, album, atau senarai main: Ketik nama artis di bawah nama lagu, kemudian pilih pilihan.

    • Aktifkan atau nyahaktifkan karya seni album beranimasi. Pergi ke Seting  > App > Muzik, kemudian ketik Seni Beranimasi dan pilih pilihan.

Untuk kawalan tambahan muzik anda, ketik mana-mana butang ini:

Kawalan

Perihalan

Butang Tutup Skrin Kini Dimainkan.

Tutup skrin Kini Dimainkan.

Butang Kegemaran.

Tandakan lagu sebagai kegemaran. Lihat Tandakan item sebagai kegemaran.

Butang Lagi.

Ketik untuk lebih pilihan.

Butang Trek Sebelumnya

Kembali ke permulaan lagu. Ketik lagi untuk memainkan lagu sebelumnya dalam album atau senarai main. Tekan dan tahan untuk putar balik menerusi lagu semasa.

Butang Jeda.

Jeda main balik.

Butang Main.

Mainkan lagu semasa.

Butang Trek Seterusnya.

Langkau ke lagu seterusnya. Sentuh dan tahan untuk maju pantas menerusi lagu semasa.

Butang Lirik.

Tunjukkan lirik diselaraskan masa (lirik tidak tersedia untuk semua lagu).

Butang Destinasi Main Balik.

Strim muzik ke peranti yang didayakan Bluetooth atau AirPlay.

Butang Main Seterusnya.

Tunjukkan baris gilir.

Strim muzik ke peranti didayakan Bluetooth® atau AirPlay

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Semasa lagu dimainkan, ketik Pemain Mini untuk membuka skrin Kini Dimainkan.

  3. Ketik butang Destinasi Main Balik, kemudian pilih peranti.

Lihat Mainkan audio daripada iPhone pada HomePod dan speaker wayarles lain.

Nota: Anda boleh memainkan muzik yang sama pada berbilang peranti didayakan AirPlay 2, seperti dua atau lebih speaker HomePod. Anda juga boleh memasangkan dua set AirPods ke satu iPhone dan menikmati lagu atau filem yang sama bersama rakan. Lihat Mainkan audio pada berbilang peranti yang didayakan AirPlay 2 dalam panduan pengguna ini dan Kongsi audio dengan fon kepala AirPods dan Beats dalam Panduan Pengguna AirPods.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.