Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Laraskan seting untuk butang sisi atau Utama pada iPhone

Anda boleh melaraskan seting kebolehcapaian untuk butang sisi (pada iPhone dengan Face ID) atau butang Utama (pada model iPhone lain).

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > kemudian ketik Butang Sisi (pada iPhone dengan Face ID) atau Butang Utama (pada iPhone dengan Touch ID).

  2. Setkan mana-mana yang berikut:

    • Kelajuan Klik: Pilih kelajuan yang diperlukan untuk mendwiklik atau klik tiga kali butang—Lalai, Perlahan, atau Paling Perlahan.

    • Tekan dan Tahan untuk Bercakap: Pilih sama ada Siri bertindak balas apabila anda menekan dan menahan butang.

    • Letak Jari untuk Buka: Pada iPhone dengan Touch ID, anda boleh membuka kunci dan membuka iPhone dengan meletakkan jari anda pada Touch ID.

    • Haptik Butang Utama: Pada iPhone dengan Touch ID, anda boleh memilih rasa apabila anda menekannya. Ketik Haptik Butang Utama, ketik pilihan, kemudian tekan butang Utama untuk mencubanya. Ketik Selesai apabila pilihan yang paling anda suka telah dipilih.

Pada iPhone dengan Face ID, anda juga boleh menggunakan AssistiveTouch atau menggunakan Kawalan Suis untuk mengesahkan bayaran dengan Face ID berbanding mendwiklik butang sisi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.