Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan aksesori dengan Rumah pada iPhone

Kali pertama anda membuka app Rumah, pembantu persediaan membantu anda mencipta rumah, di mana anda boleh menambah aksesori dan menentukan bilik. Jika anda telah mencipta rumah semasa menyediakan aksesori yang berbeza, anda boleh melangkau langkah ini.

Tambah aksesori ke Rumah

Sebelum anda menambah aksesori seperti lampu atau kamera, pastikan ianya bersambung ke sumber kuasa, diaktifkan dan mempunyai ketersambungan rangkaian.

  1. Pergi ke app Rumah pada iPhone anda.

  2. Ketik Rumah di bahagian kiri bawah, kemudian ketik Tambah Aksesori.

    Anda juga boleh mengetik butang Tambah di bahagian atas skrin, kemudian pilih Tambah Aksesori.

  3. Jika anda memasangkan aksesori Matter yang telah dipasangkan ke app lain sebelum ini, ketik pilihan Lagi, kemudian pilih aksesori anda. Buka app aksesori, kemudian janakan kod berpasangan, yang akan digunakan untuk menyelesaikan pemasangan dengan app Rumah.

  4. Ikuti arahan atas skrin.

Nota: Aksesori didayakan Matter memerlukan hab rumah, seperti speaker HomePod atau Apple TV 4K. Aksesori berasaskan Thread memerlukan hab rumah didayakan Thread, seperti Apple TV 4K, HomePod (generasi ke-2), HomePod mini, atau penghala sempadan Thread pihak ketiga yang serasi. Peranti iPhone yang didayakan Thread boleh dipasangkan secara setempat dan menguruskan aksesori Thread yang mungkin memerlukan kemas kini daripada pengeluar aksesori.

Anda mungkin perlu mengimbas kod QR, masukkan kod persediaan HomeKit 8-digit yang terdapat pada aksesori (atau kotak atau dokumentasinya) atau masukkan kod 11 atau 21 digit untuk aksesori didayakan Matter. TV pintar yang disokong memaparkan kod QR untuk anda imbas. Anda boleh menetapkan aksesori ke bilik, menamakannya, kemudian menggunakan nama ini apabila anda mengawal aksesori dengan Siri. Anda juga boleh menambah automasi dicadangkan semasa persediaan.

Apabila anda menyediakan Apple TV dalam tvOS dan menetapkannya ke bilik, ia kelihatan secara automatik dalam bilik tersebut dalam app Rumah pada iPhone.

Aksesori Matter berpasangan diselaraskan merentas peranti dan disimpan dalam app Seting menggunakan Rantai Kunci iCloud, tanpa mengira app yang anda gunakan untuk menyediakannya. Anda boleh menambah aksesori yang dipasangkan sebelum ini yang disimpan dalam Rantai Kekunci ke app ekosistem Matter lain dengan mudah. Untuk mengurus aksesori ini, pergi ke Seting  > Umum, kemudian ketik aksesori Matter. (Lihat artikel Sokongan Apple Pasangkan dan urus aksesori Matter anda.)

Tunjukkan aksesori dalam bilik

Anda boleh menunjukkan bilik individu, suasana yang ditetapkan kepadanya dan aksesori bilik yang disusun mengikut kategori.

Dalam Paparan Bilik, lakukan salah satu daripada berikut:

  • Ketik > di sebelah nama bilik.

  • Ketik butang Lagi, kemudian pilih bilik.

Tukar penetapan bilik aksesori

  1. Pergi ke app Rumah pada iPhone anda.

  2. Sentuh dan tahan jubin aksesori, kemudian ketik Seting Aksesori.

  3. Ketik Bilik, kemudian pilih bilik.

Edit bilik

Anda boleh menukar nama dan kertas dinding bilik, mengeluarkan bilik dan banyak lagi. Apabila anda mengeluarkan bilik, aksesori yang ditetapkan untuknya berpindah ke Bilik Lalai.

  1. Pergi ke app Rumah pada iPhone anda.

  2. Pada tab Rumah, ketik > di sebelah bilik, atau ketik butang Lagi, kemudian pilih bilik.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Seting Bilik.

Susun bilik dalam zon

Anda boleh menghimpunkan bilik bersama ke dalam zon untuk mengawal kawasan berbeza rumah anda menggunakan Siri dengan mudah. Contohnya, jika anda mempunyai rumah dua tingkat, anda boleh menetapkan bilik di tingkat pertama ke zon tingkat bawah. Kemudian anda boleh sebutkan sesuatu kepada Siri seperti “Matikan lampu di bawah”.

  1. Pergi ke app Rumah pada iPhone anda.

  2. Ketik > di sebelah bilik pada tab Rumah atau ketik butang Lagi, kemudian pilih bilik.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Seting Bilik.

  4. Ketik Zon, ketik zon sedia ada, atau ketik Cipta Baharu untuk menambahkan bilik kepada zon baharu.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.