Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi anggaran masa ketibaan anda dalam Peta pada iPhone

Anda boleh berkongsi anggaran masa ketibaan (ETA) anda semasa mengikuti arahan memandu, berbasikal dan berjalan untuk memaklumkan kepada rakan dan keluarga apabila anda berkemungkinan untuk tiba. ETA anda dikemas kini secara automatik jika terdapat tundaan besar, supaya anda tidak perlu menghantar mesej susulan sepanjang perjalanan.

Nota: Tersedia di kawasan terpilih. Ciri berbeza mengikut negara dan rantau.

Kongsi anggaran masa ketibaan (ETA) anda

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Kongsi ETA saya.” Ketahui cara menggunakan Siri.

Atau tanpa menggunakan Siri:

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Cari tempat yang anda mahu pergi, kemudian ketik Pergi.

  3. Ketik kad laluan di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Kongsi ETA.

    Jika anda tidak melihat Kongsi ETA, pastikan anda telah mengaktifkannya dalam Seting  > App > Peta.

  4. Pilih satu atau lebih kenalan cadangan, atau ketik Buka Kenalan untuk mencari kenalan.

  5. Untuk berkongsi ETA anda dengan lebih banyak kenalan, ketik “Berkongsi dengan” di bahagian bawah skrin, kemudian ketik tambah kenalan.

Anda juga boleh menggunakan Mesej, Cari dan app Kenalan untuk berkongsi ETA anda dengan orang lain. Lihat Kongsi lokasi anda dalam Mesej, Kongsi lokasi anda dalam Cari atau Edit kenalan.

Berhenti berkongsi ETA anda

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Buka kad laluan untuk perjalanan sedang berlangsung

  3. Ketik “Berkongsi dengan” di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Berhenti Berkongsi ETA di bawah setiap nama kenalan.

Kongsi ETA anda ke pin secara automatik

Apabila anda menambahkan kenalan ke lokasi yang anda pin, kenalan tersebut menerima ETA anda secara automatik apabila anda memulakan navigasi pusingan demi pusingan ke lokasi tersebut.

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Sentuh dan tahan pin, kemudian ketik Edit Butiran.

  3. Ketik Tambah Orang, ketik kenalan, kemudian ketik untuk menambah mereka.

  4. Ketik Selesai.

  5. Ketik lokasi yang dipinkan, kemudian ketik Pergi untuk mula berkongsi ETA anda.

Lokasi, laluan dan ETA anda boleh dilihat sehingga anda tiba.

Nyahaktifkan Perkongsian ETA

  1. Pergi ke Seting  > App > Peta.

  2. Skrol ke bawah, kemudian nyahaktifkan Kongsi ETA.

Nota: Kadar data dan teks pembawa standard mungkin dikenakan.

Orang yang menggunakan iOS 13.1, iPadOS 13.1, atau lebih baharu menerima pemberitahuan Peta dengan ETA anda dan mereka boleh menjejak kemajuan anda dalam Peta. Orang yang menggunakan versi lebih awal menerima pemberitahuan menerusi iMessage. Orang yang menggunakan peranti mudah alih lain menerima mesej SMS.

Apabila anda berhampiran dengan orang yang anda cari dan anda berdua mempunyai model disokong, anda boleh menggunakan Cari untuk mendapatkan arah tepat ke lokasi satu sama lain. Lihat Gunakan Pencarian Tepat untuk berjumpa dengan rakan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.