Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kesan teks di sekeliling anda dan jadikannya dituturkan menggunakan Pembesar pada iPhone

Jika anda buta atau mempunyai penglihatan yang lemah, anda boleh menggunakan app Pembesar untuk mensasarkan kamera iPhone anda ke teks berhampiran dan jadikannya dituturkan Anda juga boleh menuding jari anda ke teks tertentu yang anda mahu dituturkan.

Penting: Mod Pengesanan tidak sepatutnya digunakan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan, dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, atau untuk menavigasi. Pengesanan Teks dan Tuding & Sebut tidak tersedia dalam semua bahasa.

App Pembesar mengesan jari ditundingkan ke teks pada kelengkapan dapur.

Kesan teks dalam bingkai kamera dan jadikannya dituturkan

Anda boleh menggunakan app Pembesar untuk mengesan teks dalam medan paparan kamera iPhone anda dan jadikannya dituturkan.

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Mod Pengesanan untuk memulakan Mod Pengesanan.

    Jika anda tidak melihat butang Mod Pengesanan, anda boleh menambahnya. Lihat Sesuaikan kawalan.

  3. Sentuh dan tahan butang Mod Pengesanan, kemudian pastikan Teks dipilih.

  4. Tempatkan iPhone supaya kamera belakang boleh mengesan teks di sekeliling anda.

    Jika anda tidak mendengar maklum balas pertuturan, pastikan mod Senyap dinyahaktifkan Lihat Laraskan kelantangan.

  5. Untuk menjeda pengesanan buat sementara, dwiketik skrin dengan dua jari. Dwiketik lagi dengan dua jari untuk meneruskan pengesanan. Untuk menghentikan Mod Pengesanan, ketik butang Mod Pengesanan.

Tuding jari anda ke teks untuk menjadikannya dituturkan

Anda boleh menggunakan app Pembesar untuk menuding jari anda ke teks berhampiran anda dan buatkan iPhone anda menuturkannya. Ini menjadi sangat berguna apabila anda perlu berinteraksi dengan objek yang mempunyai label teks seperti skrin digital di kaunter layan diri kedai runcit, atau dial, butang atau pad kekunci pada kelengkapan dapur atau ATM.

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Mod Pengesanan untuk memulakan Mod Pengesanan.

    Jika anda tidak melihat butang Mod Pengesanan, anda boleh menambahnya. Lihat Sesuaikan kawalan.

  3. Sentuh dan tahan butang Mod Pengesanan, kemudian pastikan Tuding & Sebut dipilih.

  4. Tempatkan iPhone anda supaya kamera belakang boleh mengesan teks, kemudian tuding jari anda untuk mengenal pasti teks untuk dibaca.

    Jika anda tidak mendengar maklum balas bunyi atau pertuturan, pastikan mod Senyap dinyahaktifkan Lihat Laraskan kelantangan.

  5. Untuk menjeda pengesanan buat sementara, dwiketik skrin dengan dua jari. Dwiketik lagi dengan dua jari untuk meneruskan pengesanan. Untuk menghentikan Mod Pengesanan, ketik butang Mod Pengesanan.

Sesuaikan seting untuk Pengesanan Teks atau Tuding & Sebut

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Seting, kemudian ketik Kesan. Untuk mengesan teks dalam bahasa lain, aktifkan Kesan Bahasa.

  3. Ketik Teks atau Tuding & Sebut, kemudian sesuaikan mana-mana daripada berikut:

    • Maklum Balas Pengesanan: Aktifkan sebarang gabungan Label dan Pertuturan. Untuk Tuding & Sebut, anda juga boleh mengaktifkan maklum balas Bunyi dan Haptik.

    • Lokasi: Untuk Tuding & Sebut, ketik Bawah (untuk membaca teks di bawah hujung jari anda) atau Atas (untuk membaca teks di atas jari anda).

    • Lampu Suluh Automatik: Apabila persekitaran anda terlalu gelap untuk mengesan teks, buatkan Pembesar mengaktifkan lampu suluh untuk 10 saat.

    • Jidar dan Warna: Untuk Tuding & Sebut, gariskan teks yang anda tuding dalam warna pilihan anda.

  4. Untuk kembali ke kanta Pembesar langsung, ketik butang Kembali, ketiknya lagi, kemudian ketik Selesai.

Pengesanan Teks dan Tuding & Sebut berfungsi dengan VoiceOver. Lihat Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.