Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari teka-teki dalam Apple News+ pada iPhone

Jika anda melanggan Apple News+, anda boleh mengakses teka silang kata, teka silang kata mini, Quartiles, Emoji Game dan teka-teki sudoku harian serta diarkibkan. Sesetengah teka-teki mungkin tersedia tanpa langganan.

Nota: Apple News, Apple News+ dan teka-teki tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Lihat suapan Puzzles

  1. Pergi ke app News pada iPhone anda.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik Following, kemudian ketik Puzzles.

    • Ketik Today, skrol bawah, kemudian ketik kumpulan Puzzles.

Ikuti suapan untuk jenis teka-teki

Jika anda mahukan akses cepat ke jenis teka-teki yang khusus (teka silang kata, teka silang kata mini, Quartiles, Emoji Game atau Sudoku), anda boleh mengikuti jenis tersebut.

  1. Pergi ke app News pada iPhone anda.

  2. Buka suapan Puzzles.

  3. Ketik Crossword, Mini, Quartiles, Emoji Game atau Sudoku.

  4. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Follow.

Kategori Puzzles kelihatan dalam Following dengan jenis teka-teki kelihatan di bawah. Untuk menjadikannya kegemaran, ketik Edit, ketik butang Tambah Kegemaran bersebelahan jenis teka-teki, kemudian ketik Selesai.

Nota: Jika anda melanggan Apple News+, anda boleh memuat turun teka-teki secara automatik dalam suapan Puzzles dan suapan jenis teka-teki untuk bermain dalam Mod Luar Talian.

Pilih teka-teki

  1. Pergi ke app News pada iPhone anda.

  2. Pergi ke salah satu kawasan berikut untuk mencari teka-teki:

    • Suapan Today

    • Suapan Puzzles

    • Suapan untuk jenis teka-teki (teka silang kata, teka silang kata mini, Quartiles, Emoji Game atau sudoku)

  3. Ketik teka-teki untuk membukanya.

Teka silang kata dan teka-teki sudoku mempunyai penilaian kesukaran—mudah, sederhana atau mencabar.

Anda boleh melihat lebih banyak teka-teki lalu dalam arkib teka-teki lengkap. Ketik butang Anak Panah Kanan bersebelahan Archive.

Petua: Untuk mengisih atau menapis arkib teka-teki, ketik butang Penapis.

Lihat statistik dan pencapaian berterusan teka-teki

Dalam setiap teka teki, anda boleh menemui Scoreboard. Ia menyertakan:

  • Statistik untuk setiap jenis teka-teki—contohnya, bilangan teka-teki yang diselesaikan

  • Pencapaian berterusan anda—bilangan hari berturut-turut yang anda telah menyelesaikan teka-teki harian anda

  • Pencapaian berterusan anda yang paling lama

  1. Pergi ke app News pada iPhone anda.

  2. Pilih suapan untuk jenis teka-teki, kemudian leret ke atas.

Syarat yang mempengaruhi statistik termasuklah yang berikut:

  • Jika anda menggunakan perintah Reveal untuk menunjukkan semua atau sebahagian daripada teka-teki, teka-teki itu tidak akan dikira dalam statistik anda dan menyelesaikan teka-teki tidak akan memulakan atau meneruskan pencapaian berterusan.

  • Teka-teki yang telah anda selesaikan pada peranti dengan iOS 17.5, iPadOS 17.5, macOS 14.5 atau lebih baharu dikira dalam statistik anda. Sebarang teka-teki yang anda main pada versi OS lebih lama tidak dikira dalam statistik anda.

  • Selepas anda membuka app News pada peranti dengan iOS 17.5, iPadOS 17.5, macOS 14.5 atau lebih baharu, sebarang teka-teki harian yang anda selesaikan pada peranti dengan versi lebih baharu OS ditambah pada pencapaian berterusan anda. Contohnya, jika anda menyelesaikan teka silang kata Isnin dan teka silang kata Selasa pada iPhone anda dengan iOS 17.5 dan kemudian menyelesaikan teka silang kata Rabu pada iPad anda dengan iPadOS 17.4, pencapaian berterusan anda dilanjutkan.

  • Pengguna di A.S. benua dan Kanada mesti menyelesaikan teka-teki dalam masa 24 jam penerbitannya untuk dikira sebagai pencapaian berterusan. Pengguna di Alaska dan Hawaii memperoleh satu atau dua jam tambahan; mereka mesti melengkapkan teka-teki hari ini sebelum tengah malam masa tempatan.

  • Untuk mengekalkan pencapaian berterusan sudoku, selesaikan sekurang-kurangnya satu daripada teka-teki sudoku hari semasa pada mana-mana tahap kesukaran tanpa mendedahkan jawapan.

Statistik dan pencapaian berterusan anda kekal terkini merentas semua peranti Apple anda yang anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud, Lihat Semua (dalam bahagian Disimpan ke iCloud), kemudian aktifkan News.

Bersaing dengan orang lain

Untuk bersaing menentang rakan anda dan penyelesai teka-teki lain dalam Game Center, anda juga mesti mengaktifkan Game Center dalam News.

  1. Pergi ke Seting  > App > News.

  2. Aktifkan Game Center.

Skor anda kelihatan di papan juara untuk setiap jenis teka-teki dalam Game Center. Sudoku mempunyai papan juara untuk setiap tahap kesukaran.

Lihat Gunakan Game Center untuk bermain dengan rakan.

Kongsi teka-teki

Anda boleh menghantar pautan kepada pelanggan Apple News+ lain supaya mereka juga boleh menyelesaikan teka-teki.

  1. Pergi ke app News pada iPhone anda.

  2. Buka teka-teki.

  3. Ketik butang Lagi, ketik Kongsi, kemudian pilih Mesej, Mail atau pilihan perkongsian lain.

Jawapan anda tidak ditunjukkan dan maklumat berikut dikongsi untuk teka-teki yang telah diselesaikan:

  • Teka silang kata, teka silang kata mini dan sudoku: Masa yang diambil untuk menyelesaikan teka-teki

  • Quartiles: Kedudukan anda

  • Emoji Game: Bilangan pergerakan yang anda gunakan untuk menyelesaikan teka-teki

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.