Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pilih seting iPhone untuk mengembara

Apabila anda melancong dengan iPhone, pilih seting yang mematuhi keperluan syarikat penerbangan. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan anda menghidupkan iPhone anda jika anda bertukar kepada Mod Pesawat. Secara lalai, Wi-Fi,Bluetooth® dan rangkaian selular dinyahdayakan dalam Mod Pesawat—anda tidak boleh membuat atau menerima panggilan FaceTime atau menggunakan ciri atau aksesori yang memerlukan komunikasi wayarles, tetapi anda boleh mendengar muzik, bermain permainan, menonton video dan menggunakan app lain yang tidak memerlukan akses internet.

Untuk memilih seting yang meminimumkan caj selular semasa anda melancong, lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone.

Aktifkan Mod Pesawat

Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Tukar Mod Pesawat.

Skrin Pusat Kawalan menunjukkan yang mengetik butang di bahagian kiri atas mengaktifkan Mod Pesawat.

Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Pesawat dalam Seting . Apabila Mod Pesawat aktif, ikon Mod Pesawat  kelihatan dalam bar status.

Aktifkan Wi-Fi atau Bluetooth semasa dalam Mod Pesawat

Jika syarikat penerbangan anda membenarkannya, anda boleh menggunakan Wi-Fi atau Bluetooth walaupun semasa dalam Mod Pesawat.

  1. Buka Pusat Kawalan, kemudian aktifkan Mod Pesawat.

  2. Ketik butang Suis Wi-Fi untuk mengaktifkan Wi-Fi atau butang Suis Bluetooth untuk mengaktifkan Bluetooth.

    Pusat Kawalan dengan Mod Pesawat diaktifkan, menunjukkan Wi-Fi dan Bluetooth tidak aktif. Butang untuk mengaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth berada berdekatan penjuru kiri atas Pusat Kawalan.

    Jika anda mengaktifkan Wi-Fi atau Bluetooth semasa dalam Mod Pesawat, ia mungkin aktif pada kali seterusnya anda kembali ke Mod Pesawat. Anda boleh menyahaktifkannya lagi dalam Pusat Kawalan.

    Pusat Kawalan iPhone Dalam kumpulan kawalan di bahagian kiri atas ialah butang Mod Pesawat (kiri atas), butang Wi-Fi (kiri bawah) dan butang Bluetooth (kanan bawah). Mod Pesawat, Wi-Fi dan Bluetooth semuanya diaktifkan. Ketik butang Bluetooth untuk menyahaktifkan Bluetooth dalam Mod Pesawat. Ketik butang Wi-Fi untuk menyahaktifkan Wi-Fi dalam Mod Pesawat.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.