Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Semasa dalam panggilan pada iPhone

Apabila anda dalam panggilan telefon pada iPhone, anda boleh menukarkan audio kepada speaker atau peranti Bluetooth®.

Laraskan audio semasa panggilan dibuat

Untuk menukar kelantangan, tekan butang kelantangan di sisi iPhone. Atau leret ke bawah sepanduk panggilan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Senyap: Ketik butang Senyap.

  • Tahan panggilan: Sentuh dan tahan butang Senyap.

  • Bercakap guna bebas tangan: Ketik butang Audio, kemudian pilih destinasi audio.

Gunakan app lain semasa dalam panggilan

  1. Pergi ke Skrin Utama, kemudian buka app.

  2. Untuk mengembalikan panggilan, ketik penanda panggilan hijau di bahagian atas skrin.

Balas panggilan kedua pada talian yang sama

Jika anda dalam panggilan dan menerima panggilan kedua, lakukan salah satu daripada berikut:

  • Abaikan panggilan dan hantarkannya ke mel suara: Ketik Abaikan.

  • Tamatkan panggilan pertama dan jawab panggilan baharu: Apabila menggunakan rangkaian GSM, ketik Tamatkan + Terima. Dengan rangkaian CDMA, ketik Tamatkan; apabila panggilan kedua berdering kembali, ketik Terima atau seret gelangsar jika iPhone dikunci.

  • Tahan panggilan pertama dan jawab panggilan baharu: Ketik Tahan + Terima.

    Untuk bertukar antara panggilan apabila anda menahan panggilan, ketik Tukar untuk bertukar antara panggilan atau ketik Gabung Panggilan untuk bercakap dengan kedua-dua pihak pada masa yang sama. Lihat Mulakan panggilan persidangan atau tiga hala.

Nota: Dengan CDMA, anda tidak boleh bertukar antara panggilan jika panggilan kedua ialah panggilan keluar, tetapi anda boleh menggabungkan panggilan. Anda tidak boleh menggabungkan panggilan jika panggilan kedua ialah panggilan masuk. Jika anda menamatkan panggilan kedua atau panggilan yang digabungkan, kedua-dua panggilan ditamatkan.

Pada model dengan Dwi SIM, ambil maklum yang berikut:

  • Panggilan Wi-Fi mestilah diaktifkan untuk talian bagi mendayakan talian tersebut untuk menerima panggilan sementara talian lain sedang digunakan untuk panggilan. Jika anda menerima panggilan pada satu talian sementara yang lain sedang digunakan untuk panggilan dan tiada sambungan Wi-Fi tersedia, iPhone menggunakan data selular talian yang sedang digunakan untuk panggilan bagi menerima panggilan talian lain. Caj mungkin dikenakan. Talian yang sedang digunakan untuk panggilan mesti dibenarkan untuk penggunaan data dalam seting Data Selular anda (sama ada sebagai talian lalai, atau talian bukan lalai dengan Benarkan Penukaran Data Selular diaktifkan) untuk menerima panggilan talian lain.

  • Jika anda tidak mengaktifkan Panggilan Wi-Fi untuk talian, sebarang panggilan telefon yang masuk pada talian tersebut (termasuk panggilan daripada perkhidmatan kecemasan) pergi terus ke mel suara (jika tersedia untuk pembawa anda) apabila talian lain sedang digunakan; anda tidak akan menerima pemberitahuan panggilan tidak dijawab.

    Jika anda menyediakan pemajuan panggilan bersyarat (jika tersedia daripada pembawa anda) daripada satu talian ke talian yang lain apabila talian sedang sibuk atau tiada dalam perkhidmatan, talian tidak pergi ke mel suara; hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat persediaan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.