Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Game Center untuk bermain dengan rakan pada iPhone

Dengan Game Center, anda boleh menghantar permintaan rakan, mengurus profil pengguna anda, memperoleh pencapaian, bersaing pada papan juara dan bermain dengan rakan semasa panggilan FaceTime. Anda boleh menggunakan Game Center untuk mengakses permainan yang disokong merentas semua peranti Apple anda.

Sediakan profil Game Center anda

  1. Pergi ke Seting  > Game Center, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda.

  2. Untuk memilih nama panggilan yang rakan anda akan lihat apabila anda bermain permainan bersama, ketik Nama Panggilan, kemudian masukkan nama atau pilih satu daripada cadangan.

  3. Untuk memperibadikan avatar anda, ketik Edit Avatar, kemudian cipta Memoji baharu, guna Memoji sedia ada, atau sesuaikan cara parap anda kelihatan.

Untuk melihat profil Game Center, pencapaian, permainan terbaharu anda, rakan dan aktiviti mereka, pergi ke Seting > Game Center > [profil anda].

Tambah rakan

  1. Pergi ke Seting  > Game Center.

  2. Ketik Jemput Rakan, kemudian pilih kenalan dicadangkan atau cari kenalan dengan memasukkan nama mereka.

  3. Penerima boleh membalas permintaan rakan dengan mana-mana cara berikut:

    • Dalam Mesej, ketik pautan.

    • Pergi ke Seting > Game Center > Permintaan Rakan.

Anda juga boleh menambahkan rakan dalam app Kenalan . Buka kad hubungan mereka, kemudian ketik Tambah Rakan pada Game Center.

Dapatkan pengesyoran rakan dan lihat permainan yang mereka mainkan

Dalam App Store, anda boleh menjemput kenalan anda untuk berhubung di Game Center dan melihat aktiviti terbaharu rakan anda.

  1. Pergi ke app App Store pada iPhone anda.

  2. Ketik Permainan atau Arked (jika anda melanggan Apple Arcade).

  3. Skrol ke bawah ke Game Center untuk melihat Rakan Bermain, Aktiviti Terbaharu, atau Cadangan Rakan.

Anda juga boleh melihat profil rakan anda dan aktiviti terbaharu dengan pergi ke Seting  > Game Center > Semua Rakan.

Main permainan dengan rakan menggunakan SharePlay

Anda boleh mencari dan memuat turun permainan berbilang pemain Game Center dalam App Store dan bermain dengan rakan semasa pada panggilan FaceTime.

Semasa panggilan, buka permainan berbilang pemain disokong, ketik Mulakan SharePlay, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Lihat Gunakan SharePlay untuk menonton, mendengar dan bermain bersama-sama.

Gunakan AirDrop untuk menjemput orang ke permainan berbilang pemain

Anda boleh menggunakan AirDrop untuk menjemput rakan berdekatan ke permainan berbilang pemain yang menyokong Game Center.

  1. Buka permainan yang anda mahu mainkan pada iPhone anda.

  2. Navigasi ke skrin tempat anda menjemput rakan.

  3. Pegang paparan iPhone anda beberapa sentimeter dari atas iPhone atau Apple Watch orang lain.

    Satu sinar muncul daripada kedua-dua peranti untuk menunjukkan sambungan sedang dibuat.

  4. Teruskan memegang peranti anda berdekatan satu sama lain sehingga permainan kelihatan pada skrin orang lain.

Laporkan pengguna dan keluarkan rakan

Anda boleh melaporkan pengguna yang menipu, menggunakan gambar atau nama panggilan tidak senonoh, atau masalah lain. Anda juga boleh mengeluarkan seseorang daripada senarai Rakan anda.

  1. Pergi ke Seting  > Game Center > Semua Rakan.

  2. Ketik rakan yang anda mahu laporkan atau keluarkan, ketik butang Lagi, kemudian pilih Laporkan Pengguna atau Keluarkan Rakan.

Urus seting dan pengehadan Game Center

Anda boleh melihat rakan, menerima atau menolak permintaan, mengurus seting privasi dan mengesetkan pengehadan.

  1. Pergi ke Seting  > Game Center, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Lihat rakan: Ketik Semua Rakan.

    • Terima atau tolak permintaan rakan: Ketik Permintaan Rakan.

    • Benarkan atau nyahbenarkan app untuk mengakses senarai rakan Game Center anda: Ketik Kongsi Senarai Rakan.

    • Benarkan rakan Game Center untuk mencari anda dengan e-mel dan nombor telefon yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda: Aktifkan Bantu Rakan Mencari Anda.

    • Urus perkongsian aktiviti: Pilih Semua Orang, Rakan Sahaja, atau Hanya Anda untuk menentukan orang yang boleh melihat profil, kemajuan pencapaian, kemas kini papan juara dan permainan yang terbaru dimainkan anda.

    • Benarkan jemputan daripada pemain berdekatan: Aktifkan Pemain Berdekatan untuk membenarkan pemain Game Center berdekatan dalam permainan yang sama untuk menjemput anda ke permainan berbilang pemain melalui Wi-Fi atau Bluetooth.

  2. Pergi ke Seting  > Masa Skrin > Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.

  3. Ketik App Store, Media, Web & Permainan, skrol ke bawah ke Game Center, kemudian setkan mana-mana pengehadan berikut:

    • Permainan Berbilang Pemain

    • Menambah Rakan

    • Berhubung dengan Rakan

    • Rakaman Skrin

    • Berbilang Pemain Berdekatan

    • Pemesejan Peribadi

    • Perubahan Privasi Profil

    • Perubahan Avatar & Nama Panggilan

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.