Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar penampilan anda dalam panggilan FaceTime pada iPhone

Pada panggilan video dalam app FaceTime , anda boleh menjadi Memoji kegemaran anda (pada iPhone dengan Face ID). Pada model disokong, anda boleh menggunakan penapis terbina dalam untuk menukar penampilan anda dan menambah pelekat, label dan bentuk.

Jadi Memoji

Dalam Mesej pada iPhone dengan Face ID, anda boleh mencipta watak Memoji untuk digunakan dalam panggilan FaceTime anda. iPhone menangkap pergerakan, ekspresi muka dan suara anda serta menunjukkannya menerusi watak anda. (Watak anda meniru anda bila anda menjelirkan lidah!)

Lihat Hantar pelekat dalam Mesej pada iPhone.

  1. Dalam panggilan FaceTime, ketik butang Kesan. (Jika anda tidak melihat butang Kesan, ketik skrin.)

  2. Ketik butang Memoji, kemudian pilih Memoji (leret menerusi watak di bahagian bawah, kemudian ketik satu).

    Pemanggil lain mendengar perkara yang anda sebut, tetapi melihat Memoji anda yang bercakap.

Gunakan penapis untuk menukar penampilan anda

  1. Semasa panggilan video FaceTime, ketik jubin, kemudian ketik butang Kesan (model disokong).

  2. Ketik butang Penapis untuk membuka penapis.

  3. Pilih penampilan anda dengan mengetik penapis di bahagian bawah (leret ke kiri atau ke kanan untuk pratonton).

Tambah label teks

  1. Semasa panggilan, ketik skrin, kemudian ketik butang Kesan.

  2. Ketik butang Teks, kemudian ketik label teks.

    Untuk melihat pilihan label lanjut, leret ke atas dari bahagian atas tetingkap teks.

  3. Semasa label dipilih, taip teks yang anda mahu kelihatan dalam label, kemudian ketik keluar daripadanya.

  4. Seret label ke tempat anda mahu meletakkannya.

    Untuk memadam label, ketik padanya, kemudian ketik butang Selesai Mengedit.

Tambah pelekat

  1. Semasa panggilan, ketik jubin anda, ketik butang Kesan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ketik butang Pelekat Memoji untuk menambah pelekat Memoji atau butang Pelekat Emoji untuk menambah pelekat Emoji.

    • Ketik butang Teks, leret ke atas, kemudian ketik butang Emoji.

  2. Ketik pelekat untuk menambahnya kepada panggilan.

    Untuk melihat lebih pilihan, leret ke kiri atau leret ke atas.

  3. Seret pelekat untuk menempatkannya di mana anda mahu.

    Untuk memadam pelekat, ketiknya, kemudian ketik butang Selesai Mengedit.

Tambah bentuk

  1. Semasa panggilan, ketik jubin anda, kemudian ketik butang Kesan.

  2. Ketik butang Bentuk, kemudian ketik bentuk untuk menambahnya pada panggilan.

    Untuk melihat lebih banyak pilihan, leret ke atas dari bahagian atas tetingkap bentuk.

  3. Seret bentuk ke tempat anda mahu meletakkannya.

    Untuk memadam bentuk, ketik padanya, kemudian ketik butang Selesai Mengedit.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.