Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah dan gunakan maklumat hubungan pada iPhone

Anda boleh menggunakan app Kenalan untuk mencipta, mencari, berkongsi dan memadam kenalan.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti:

  • "Apakah alamat kerja adik saya?"

  • “Liyana Rahim ialah adik perempuan saya”

  • "Hantar mesej kepada adik perempuan saya"

Ketahui cara menggunakan Siri

Cipta kenalan

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Tambah.

Siri juga mencadangkan kenalan baharu berdasarkan penggunaan app lain anda, seperti e-mel yang anda terima dalam Mail dan jemputan yang anda terima dalam Kalendar. (Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting  > App > Kenalan > Siri, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Cadangan Kenalan.)

Berdasarkan cara anda menggunakan Kenalan, Siri juga menyediakan cadangan maklumat hubungan dalam app lain. (Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting  > App > Kenalan > Siri, kemudian nyahaktifkan “Belajar daripada App ini”.) Lihat Cadangan Siri.

Cari kenalan

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPhone anda.

  2. Ketik medan carian di bahagian atas senarai kenalan, kemudian masukkan nama, alamat, nombor telefon, atau maklumat hubungan lain.

Anda juga boleh mencari kenalan anda menggunakan Cari (lihat Cari dengan Spotlight).

Kongsi kenalan

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPhone anda.

  2. Ketik kenalan, ketik Kongsi Kenalan, kemudian pilih kaedah perkongsian.

Berkongsi kenalan akan menghantar semua info daripada kad kenalan tersebut.

Capai kenalan dengan cepat

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPhone anda.

  2. Untuk memulakan mesej, buat panggilan telefon atau FaceTime, karang e-mel, atau hantar wang dengan Apple Pay, ketik butang di bawah nama kenalan.

Untuk menukar nombor telefon atau alamat e-mel lalai untuk kaedah kenalan, sentuh dan tahan butang untuk kaedah tersebut di bawah nama kenalan, kemudian ketik pilihan dalam senarai.

Padam kenalan

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPhone anda.

  2. Pergi ke kad kenalan, kemudian ketik Edit.

  3. Skrol ke bawah, kemudian ketik Padam Kenalan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.