Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar atau tambah hentian kepada laluan anda dalam Peta pada iPhone

Semasa mengikuti arah memandu atau berbasikal, anda boleh mencari tempat untuk berhenti di sepanjang laluan anda.

Nota: Arah untuk berbilang hentian tersedia di negara dan rantau terpilih.

Tukar titik permulaan atau destinasi

Peta dengan beberapa laluan berkemungkinan untuk arah memandu antara Lokasi Saya dan destinasi.
  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Dapatkan arah.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Tukar titik permulaan dan destinasi: Sentuh dan tahan butang Susun Semula untuk lokasi permulaan, kemudian seretnya ke bawah destinasi.

    • Pilih titik permulaan atau destinasi berbeza: Ketik permulaan atau destinasi, kemudian gunakan medan carian atau hasil carian terbaharu untuk mencari dan memilih lokasi yang berbeza.

Cipta laluan memandu berbilang hentian

Anda boleh menambah sehingga 14 hentian sepanjang laluan anda.

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Dapatkan arah memandu, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Ketik Tambah Hentian, kemudian cari tempat yang anda mahu berhenti.

    • Zum masuk dan alihkan peta, ketik tempat (contohnya, tanda tempat atau perniagaan), kemudian ketik Tambah Hentian dalam kad tempat.

  3. Untuk menyusun semula hentian, sentuh dan tahan butang Susun Semula untuk hentian, kemudian seretnya ke kedudukan baharu dalam senarai.

Jika anda belum mengetik Pergi, hentian pilihan anda kelihatan sebagai destinasi terakhir dalam arahan anda.

Tambah hentian semasa mengikuti laluan memandu atau berbasikal

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Dapatkan arah memandu atau berbasikal, kemudian ketik kad laluan di bahagian bawah skrin.

  3. Ketik Tambah Hentian, kemudian ketik kategori (atau jika memandu, cari tempat yang anda mahu berhenti).

  4. Pilih tempat untuk berhenti, kemudian ketik Tambah atau Tambah Hentian.

    Laluan anda dikemas kini dan destinasi yang dipilih ialah hentian seterusnya.

    Jika anda berbasikal dan anda memutuskan untuk tidak mengambil lencongan, ketik Teruskan Laluan di bahagian atas skrin.

Jika anda belum mengetik Pergi, hentian pilihan anda kelihatan sebagai destinasi terakhir dalam arahan anda. Sentuh dan tahan butang Susun Semula untuk hentian, kemudian seretnya ke hadapan destinasi terakhir anda.

Padam hentian daripada arah pemanduan anda

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Cipta laluan pemanduan berbilang hentian.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Sebelum anda mengetik Pergi: Leret kiri pada hentian yang anda mahu padamkan, kemudian ketik Padam.

    • Selepas anda mengetik Pergi: Ketik kad laluan di bahagian bawah skrin, kemudian ketik butang Padam bersebelahan hentian.

Tamatkan arah sebelum anda tiba

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Hentikan navigasi.” Ketahui cara menggunakan Siri.

Atau tanpa menggunakan Siri:

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Ketik kad di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tamatkan Laluan.

Nota: Arah untuk berbilang hentian tersedia di negara dan rantau terpilih.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.