Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Tetongkat Imej dengan Apple Intelligence pada iPhone

Dengan Apple Intelligence,* anda boleh menggunakan Tetongkat Imej dalam app Nota untuk mencipta imej berdasarkan lakaran kasar yang anda cipta. Anda juga boleh memilih ruang kosong untuk mencipta imej berdasarkan perkataan dan imej daripada kawasan sekeliling.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPhone atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Cipta imej daripada lakaran kasar

  1. Pergi ke app Nota pada iPhone anda.

  2. Buka nota sedia ada atau ketik butang Nota Baharu untuk memulakan nota yang baharu.

  3. Ketik butang Tulisan Tangan, cipta lakaran dengan jari anda, kemudian ketik Tetongkat Imej.

  4. Bulatkan lakaran anda, masukkan perihalan, kemudian ketik butang Hantar.

  5. Leret menerusi imej dicipta untuk mencari imej yang anda suka.

  6. Ketik butang Tambah untuk memilih gaya berbeza—Animasi, Ilustrasi atau Lakaran.

Untuk memperhalusi imej anda, ketik perihalan, kemudian edit. Untuk menyimpannya, ketik Selesai.

Cipta imej daripada kandungan di sekeliling

Apple Intelligence boleh mencipta imej berdasarkan perkataan dan imej di sekelilingnya.

  1. Pergi ke app Nota pada iPhone anda.

  2. Buka nota, ketik butang Alat Tulisan Tangan, kemudian ketik Tetongkat Imej.

  3. Bulatkan kawasan berdekatan kandungan anda mahu ilustrasikan.

Anda juga boleh mencipta imej daripada teks yang diserlahkan. Ketik Tetongkat Imej, pilih blok teks, ketik butang Maju, kemudian pilih Cipta Imej.

Cipta semula imej yang sedia ada

Apabila anda mencipta imej dengan Image Playground, semua elemen yang digunakan untuk menciptanya disimpan—lakaran, perihalan, watak dan orang. Anda boleh mengubah suai, menambah atau membuang elemen dalam imej dicipta sedia ada.

  1. Ketik imej dicipta.

  2. Ketik butang Cipta Semula.

    Imej menunjukkan elemen yang digunakan untuk menciptanya.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tambahkan elemen baharu: Masukkan perihalan, kemudian ketik butang Hantar.

    • Ubah suai elemen: Ketik perihalan, edit teks, kemudian ketik butang Hantar.

    • Keluarkan elemen: Ketik butang Tolak.

  4. Apabila anda selesai, ketik Selesai.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta pada semua model iPhone 16, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, dengan bahasa Siri dan peranti disetkan kepada bahasa Cina (Ringkas), Inggeris (Australia, Kanada, India, Ireland, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, UK atau A.S.), Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Portugis (Brazil), atau Sepanyol. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia di semua rantau atau bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.