Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari foto kumpulan pada iPhone

App Foto mengecam kumpulan orang dan haiwan peliharaan yang biasa kelihatan bersama-sama dalam gambar serta video dan mengisih mereka ke dalam koleksi kumpulan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai banyak gambar ahli keluarga atau kumpulan rakan, Foto mencipta koleksi untuk setiap kumpulan ini.

Kumpulan dibuka dalam bahagian Orang & Peliharaan app Foto, menunjukkan senarai koleksi yang dilabel dengan nama orang yang disertakan dalam kumpulan.

Cari foto dan video kumpulan

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Orang & Peliharaan.

  3. Di bawah Kumpulan, leret untuk mencari kumpulan, kemudian ketiknya untuk melihat semua foto anda dengan kumpulan tersebut.

    Petua: Untuk melihat foto dengan ahli kumpulan dan orang lain, ketik butang Penapis, ketik Lihat Pilihan, kemudian Sertakan Orang Lain.

Untuk berkongsi foto dalam kumpulan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Kongsi Foto.

Cipta kumpulan

Anda boleh mencipta kumpulan dengan sebarang gabungan orang dan haiwan peliharaan daripada koleksi Orang & Peliharaan.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Orang & Peliharaan.

  3. Di sebelah kanan Kumpulan, ketik Cipta.

  4. Pilih orang dan haiwan peliharaan yang anda mahukan dalam kumpulan, kemudian ketik Tambah.

  5. Ketik nama lalai dan taipkan nama tersuai untuk kumpulan, kemudian ketik Selesai.

Edit atau padam kumpulan

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Orang & Peliharaan.

  3. Di bawah Kumpulan, sentuh dan tahan kumpulan yang anda mahu edit, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Namakan semula kumpulan: Ketik Edit Nama dan Orang, kemudian taipkan nama baharu.

    • Tambah atau keluarkan orang: Ketik Edit Nama dan Orang. Untuk mengeluarkan seseorang, ketik butang Keluarkan di penjuru kiri atas gambar mereka. Ketik Tambah Orang & Peliharaan untuk menambah seseorang.

    • Edit foto kumpulan: Ketik Edit Nama dan Orang, kemudian ketik Edit Foto Utama.

    • Padam kumpulan: Ketik Padamkan Kumpulan Ini.

Tukar tertib kumpulan

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Orang & Peliharaan.

  3. Sentuh dan tahan kumpulan, kemudian seretnya ke kedudukan baharu.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.