Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tulis dengan jari anda dalam VoiceOver pada iPhone

Dengan mod tulisan tangan dalam VoiceOver, anda boleh memasukkan teks dengan menulis aksara pada skrin dengan jari anda. Selain menaip atau perencanaan, gunakan mod tulisan tangan untuk memasukkan kod laluan iPhone anda dengan senyap atau untuk membuka app daripada Skrin Utama.

Gunakan mod tulisan tangan

  1. Setkan rotor kepada Tulisan Tangan.

    Jika Tulisan Tangan tiada dalam rotor, pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > VoiceOver > Rotor, kemudian tambahnya.

  2. Untuk memilih jenis aksara (huruf kecil, nombor, huruf besar, atau tanda baca), leret ke atas atau bawah dengan tiga jari.

    Untuk mendengar jenis aksara yang dipilih, ketik dengan tiga jari.

  3. Jejak aksara pada skrin dengan jari anda.

    Anda juga boleh melakukan mana-mana yang berikut:

    • Masukkan aksara alternatif (aksara dengan aksen, contohnya): Tulis aksara, kemudian leret ke atas atau bawah dengan dua jari sehingga anda mendengar aksara yang anda mahukan.

    • Masukkan ruang: Leret ke kanan dengan dua jari.

    • Pergi ke baris baharu: Leret ke kanan dengan tiga jari.

    • Padamkan aksara sebelumnya: Leret kiri dengan dua jari.

  4. Untuk keluar daripada mod tulisan tangan, lakukan gosokan dua jari (gerakkan dua jari ke depan dan belakang tiga kali dengan cepat, untuk membuat “z”) atau setkan rotor kepada seting yang berbeza.

Masukkan kod laluan anda secara senyap dengan mod tulisan tangan

  1. Pada skrin kod laluan, setkan rotor kepada Tulisan Tangan.

  2. Tuliskan aksara kod laluan anda dengan jari anda.

Pilih item pada Skrin Utama

  1. Pada Skrin Utama, setkan rotor kepada Tulisan Tangan.

  2. Mula menulis nama item dengan jari anda.

    Jika terdapat berbilang padanan, teruskan mengeja nama sehingga ia unik atau leret ke atas atau ke bawah dengan dua jari untuk memilih dari padanan semasa.

Navigasi senarai yang panjang dengan cepat

  1. Pilih indeks di sebelah kanan senarai (sebagai contoh, bersebelahan senarai Kenalan anda atau dalam Pemilih Item VoiceOver).

  2. Setkan rotor kepada Tulisan Tangan, kemudian gunakan jari anda untuk menulis huruf yang anda mahu navigasi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.