Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Isi kod pengesahan satu kali secara automatik pada iPhone

Sesetengah tapak web dan app menawarkan pengesahan dua faktor (juga dikenali sebagai pengesahan berbilang faktor) yang membantu menghalang orang lain daripada mengakses akaun anda walaupun mereka mengetahui kata laluan anda. Kata laluan ialah faktor pengesahan pertama dan kod pengesahan sementara, satu kali biasanya ialah faktor kedua. iPhone boleh menjana kod pengesahan ini secara automatik tanpa perlu bergantung pada mesej SMS atau app tambahan.

Sediakan kod pengesahan automatik untuk tapak web atau app dengan mengimbas kod QR

Jika anda mempunyai peranti lain dengan skrin, seperti komputer atau iPad, anda boleh menggunakannya untuk memaparkan kod QR daripada tapak web atau app, kemudian menggunakan kamera iPhone untuk mengimbas kod.

  1. Pada peranti lain anda, daftar masuk ke kawasan tapak web atau app tempat anda mengurus akaun anda, kemudian pilih pilihan untuk mendayakan pengesahan dua faktor dan app pengesah.

    Kod QR kelihatan untuk membantu anda menyediakan app pengesah.

  2. Pada iPhone, gunakan kamera untuk mengimbas kod QR.

  3. Pada iPhone, pilih akaun anda untuk tapak web atau app.

    Kod pengesahan kelihatan di bawah medan Nama Pengguna dan Kata Laluan.

  4. Pada peranti lain anda, masukkan kod pengesahan yang kelihatan pada iPhone anda.

Sediakan kod pengesahan automatik untuk tapak web atau app dengan memasukkan kunci persediaan

Jika anda tidak boleh mengimbas kod QR daripada skrin lain, anda boleh memasukkan kunci persediaan secara manual.

  1. Daftar masuk ke kawasan tapak web atau app tempat anda mengurus akaun anda, kemudian pilih pilihan untuk mendayakan pengesahan dua faktor dan app pengesah.

  2. Pilih pilihan untuk menggunakan kunci persediaan secara manual (atau kod persediaan atau yang serupa), kemudian pilih dan salin kunci persediaan.

  3. Pergi ke Seting  > Kata Laluan, pilih akaun anda untuk tapak web atau app.

  4. Ketik Sediakan Kod Pengesahan, kemudian ketik Masukkan Kunci Persediaan.

  5. Ketik medan Kunci Persediaan, kemudian ketik OK.

  6. Ketik medan Kod Pengesahan, kemudian ketik Salin Kod Pengesahan.

  7. Kembali ke tapak web atau app, kemudian tampal kod pengesahan di tempat yang diarahkan.

Gunakan kod pengesahan pada tapak web atau dalam app

  1. Daftar masuk ke tapak web atau app.

  2. Jika digesa, pilih pilihan untuk menggunakan app pengesah.

  3. Apabila diminta untuk kod pengesahan, ketik cadangan yang kelihatan di atas papan kekunci.

    Jika tiada cadangan kelihatan, pergi ke Seting  > Kata Laluan, pilih akaun anda untuk tapak web atau app, ketik kod pengesahan, kemudian ketik Salin Kod Pengesahan. Kembali ke tapak web atau app, kemudian tampal kod pengesahan ke dalam medan.

Padam kod pengesahan satu kali secara automatik

Kod pengesahan satu kali diisi secara automatik, supaya anda tidak perlu meninggalkan app atau tapak web yang anda mendaftar masuk. Anda boleh memilih untuk memadamkan kod pengesahan secara automatik selepas memasukkannya dengan Isi Auto, atau menyimpannya.

  1. Pergi ke Seting, kemudian ketik Kata Laluan.

  2. Ketik Pilihan Kata Laluan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Bersihkan Secara Automatik.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.