Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Edit foto dan video pada iPhone

Selepas anda mengambil foto atau video, gunakan alat dalam app Foto untuk mengeditnya pada iPhone anda. Anda boleh melaraskan cahaya dan warna, pangkas, putar, tambah penapis dan banyak lagi. Jika anda tidak menyukai rupa perubahan anda, ketik Batal untuk kembali kepada asal.

Apabila anda menggunakan Foto iCloud, sebarang pengeditan yang anda lakukan pada foto dan video anda disimpan merentas semua peranti anda.

Laraskan cahaya dan warna

  1. Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  2. Ketik Edit, kemudian leret ke kiri di bawah foto untuk melihat kesan yang anda boleh edit seperti Pendedahan, Kegemerlapan, Serlahan dan Bayang.

  3. Ketik kesan yang anda mahu edit, kemudian seret gelangsar untuk membuat pelarasan tepat.

    Paras pelarasan yang anda lakukan untuk setiap kesan ditandakan oleh garis kasar di sekeliling butang, supaya anda boleh melihat sekali imbas kesan yang ditingkatkan atau dikurangkan. Ketik butang kesan untuk togol antara kesan diedit dan yang asal.

    Skrin Edit dengan foto di bahagian tengah. Di bawah foto ialah butang pengeditan untuk Peningkatan, Pendedahan, Kegemerlapan dan Serlahan. Kecerahan dipilih. Di bawah butang pengeditan ialah gelangsar untuk melaraskan tahap Kecerahan. Di bawah gelangsar dari kiri ke kanan ialah butang Laras, Tapis, Pangkas, dan Selesai. Butang Penanda berada di penjuru kanan atas.
  4. Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.

Petua: Ketik butang Peningkatan untuk mengedit foto atau video anda dengan kesan secara automatik.

Pangkas, putar, atau balikkan foto atau video

  1. Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  2. Ketik Edit, ketik butang Pangkas, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut :

    • Pangkas secara manual: Seret penjuru segi empat tepat untuk mengurung kawasan yang anda mahu simpan dalam foto, atau anda boleh cubit buka atau tutup foto.

    • Pangkas ke nisbah praset standard: Ketik butang Bentuk Bebas Nisbah Aspek, kemudian pilih pilihan perkongsian seperti segi empat, 16:9, atau 5:4.

    • Putar: Ketik butang Putar untuk memutarkan foto 90 darjah.

    • Balikkan: Ketik butang Balikkan untuk membalikkan imej secara mendatar.

    Skrin pangkas dan putar.
  3. Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.

Luruskan dan laraskan perspektif

  1. Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  2. Ketik Edit, kemudian ketik butang Pangkas.

  3. Leret ke kiri di bawah foto untuk melihat kesan yang anda boleh edit: Luruskan, Menegak, atau Mendatar.

  4. Ketik kesan yang anda mahu edit, kemudian seret gelangsar untuk membuat pelarasan tepat.

    Paras pelarasan yang anda lakukan untuk setiap kesan dipaparkan oleh garis kasar di sekeliling butang, supaya anda boleh melihat sekali imbas kesan yang ditingkatkan atau dikurangkan. Ketik butang untuk togol antara kesan diedit dan yang asal.

  5. Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.

Gunakan kesan penapis

  1. Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  2. Ketik Edit, kemudian ketik butang Tapis untuk menggunakan kesan penapis, seperti Terang, Dramatik, atau Ton Perak.

  3. Ketik penapis, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan kesan.

    Untuk membandingkan foto diedit dengan foto asal, ketik foto.

  4. Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.

Buat asal dan buat semula pengeditan

Semasa anda mengedit foto atau video, ketik butang Buat Asal dan butang Buat Semula di bahagian atas skrin untuk membuat asal dan membuat semula berbilang langkah pengeditan.

Petua: Anda boleh mengetik foto atau video untuk membandingkan versi diedit dengan asal.

Salin dan tampal pengeditan pada berbilang foto

Anda boleh menyalin pengeditan yang anda lakukan pada satu foto (atau video) dan menampalnya pada foto lain, atau kelompok foto, semua sekali.

  1. Buka app foto atau video yang mengandungi pengeditan anda mahu salin.

  2. Ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Salin Pengeditan.

  3. Ketik butang Balik untuk kembali ke pustaka anda.

  4. Ketik Pilih, kemudian ketik imej kecil foto yang anda mahu tampal pengeditan. Atau buka foto atau video tunggal.

  5. Ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Tampal Pengeditan.

Tukar foto atau video yang diedit

Selepas anda mengedit foto atau video dan menyimpan perubahan, anda boleh bertukar kembali kepada asal.

  1. Buka foto atau video yang diedit, kemudian ketik butang Pilihan Lanjut.

  2. Ketik Tukar ke Asal.

Tukar tarikh, masa, atau lokasi

Anda boleh menukar tarikh, masa dan lokasi yang disimpan dalam maklumat metadata foto atau video. Lihat Lihat maklumat foto dan video.

  1. Buka foto atau video, kemudian ketik butang Pilihan Lanjut.

  2. Ketik Laraskan Tarikh & Masa atau Laraskan Lokasi.

  3. Masukkan maklumat baharu, kemudian ketik Laraskan.

Untuk menukar tarikh, masa, atau lokasi kelompok foto, ketik Pilih, ketik imej kecil yang anda mahu tukar, kemudian ikuti langkah di atas.

Anda boleh menukar foto atau video ke tarikh, masa, atau lokasi asalnya. Ketik butang Pilihan Lanjut, ketik Laraskan Tarikh & Masa atau Laraskan Lokasi, ketik Tukar.

Tulis atau lukis pada foto

  1. Dalam Foto, ketik foto untuk melihatnya dalam skrin penuh.

  2. Ketik Edit, kemudian ketik butang Tanda.

  3. Anotasi foto menggunakan alat melukis dan warna berlainan. Ketik butang Tambah Anotasi untuk membesarkan atau menambah kapsyen, teks, bentuk, atau tandatangan anda.

  4. Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.