Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Buka dan tutup tab dalam Safari pada iPhone

Dalam app Safari , gunakan tab untuk membantu anda menavigasi antara berbilang halaman web terbuka.

Nota: Jika anda menggunakan Tab Tunggal, menu dan item lain mungkin kelihatan berbeza daripada yang diterangkan dalam panduan ini. Lihat Tukar tataletak Safari.

Buka pautan dalam tab baharu

Sentuh dan tahan pautan, kemudian ketik Buka dalam Tab Baharu.

Untuk kekal pada halaman web semasa apabila anda membuka pautan baharu dalam tab berasingan, pergi ke Seting  > Safari > Buka Pautan, kemudian ketik Di Latar Belakang.

Lihat sejarah tab

Anda boleh melihat halaman web yang anda lawati sebelum ini dalam tab ini. Sentuh dan tahan butang Balik atau butang Maju.

Tutup tab

Ketik butang Tab, kemudian ketik butang Tutup di penjuru kanan atas untuk menutupnya.

Petua: Untuk menutup semua tab dalam Kumpulan Tab ini pada masa yang sama, sentuh dan tahan Selesai, kemudian ketik Tutup Semua Tab.

Buka tab terbaru ditutup

Ketik butang Tab, sentuh dan tahan butang Tab Baharu, kemudian pilih daripada senarai tab yang terbaharu ditutup.

Pratonton tab terbuka kelihatan pada skrin. Di bahagian kiri bawah skrin, butang Tab Baharu telah ditekan, menunjukkan senarai tab terbaru ditutup.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.