Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Hantar dan terima mesej teks dengan CarPlay

Gunakan CarPlay untuk menghantar, mendengar atau membalas mesej teks daripada iPhone anda.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti:

  • “Mesej isteri saya”

  • “Mesej Azim saya tersangkut dalam trafik dan akan lewat 15 minit ke mesyuarat”

  • “Baca mesej teks saya”

Ketahui cara menggunakan Siri

Atau anda boleh menggunakan kawalan terbina dalam kenderaan anda untuk membantu menghantar dan menerima mesej. Buka Mesej dalam CarPlay, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

  • Dengar mesej belum dibaca atau membalas kepada jaluran: Pilih perbualan.

  • Mulakan perbualan baharu: Pilih butang Karang.

  • Hantar mesej secara automatik: Langkau langkah pengesahan apabila menghantar mesej dengan Siri untuk menghantar mesej secara automatik, melainkan anda meminta untuk menukar atau membatalkannya.

    Dalam CarPlay, pergi ke Seting  > Siri dan Cadangan, kemudian pilih Hantar Mesej Secara Automatik.

Nota: Jika anda melihat Papan Pemuka CarPlay dan Mesej tidak kelihatan dalam senarai app terbaharu di sebelah kiri, ketik butang Utama untuk melihat halaman semua app CarPlay anda, termasuk Mesej.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.