Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Susun buku dalam app Buku pada iPhone

Dalam app Buku , buku dan buku audio yang anda beli disimpan dalam pustaka anda dan diisih mengikut koleksi secara automatik, seperti Buku Audio, Ingin Baca dan Selesai.

Skrin Pustaka dalam app Buku. Di bahagian atas skrin ialah butang Koleksi dan pilihan pengisihan. Pilihan isih Secara Manual dipilih. Di bahagian tengah skrin ialah kulit buku dalam pustaka. Di bahagian bawah skrin ialah, dari kiri ke kanan, tab Sedang Dibaca, Pustaka, Kedai Buku, Buku Audio dan Cari.

Cipta koleksi tersuai dan tambahkan buku padanya

Anda boleh mencipta koleksi anda sendiri untuk memperibadikan pustaka anda.

  1. Ketik Pustaka, ketik Koleksi, kemudian ketik Koleksi Baharu.

  2. Namakan koleksi, sebagai contoh Bacaan Pantai atau Kelab Buku, kemudian ketik Selesai.

Untuk menambah buku dalam pustaka anda atau Kedai Buku pada koleksi, ketik butang Info Lanjut di bawah kulit buku, ketik Tambah ke Koleksi, kemudian ketik koleksi.

Anda boleh menambahkan buku yang sama pada berbilang koleksi.

Isih buku dalam pustaka anda atau koleksi

Pilih cara buku dalam pustaka anda diisih dan kelihatan.

  1. Ketik Pustaka, kemudian skrol ke bawah sedikit sehingga menu pilihan isih kelihatan di sebelah Isih atau Isih Ikut.

  2. Pilih Terbaharu, Tajuk, Pengarang, atau Secara Manual.

    Jika anda memilih Secara Manual, sentuh dan tahan kulit buku, kemudian seret kulit buku ke kedudukan yang anda mahu.

Petua: Ketik butang Senarai Kandungan untuk melihat buku mengikut tajuk atau kulit.

Keluarkan buku, buku audio dan PDF daripada koleksi

Anda boleh mengeluarkan buku, buku audio dan PDF daripada Sedang Dibaca dan koleksi pustaka anda, atau menyembunyikannya pada iPhone anda.

  1. Ketik Pustaka, kemudian ketik Edit.

  2. Ketik item yang anda mahu keluarkan.

  3. Ketik butang Sampah dan pilih pilihan.

Untuk nyahsembunyikan buku dan buku audio yang anda telah sembunyikan, ketik Sedang Dibaca, ketik ikon akaun anda, kemudian ketik Urus Pembelian Tersembunyi.

Untuk memuat turun semula buku yang anda telah beli, lihat artikel Sokongan Apple Muat turun semula buku dan buku audio.

Padamkan koleksi tersuai

  1. Ketik Pustaka, kemudian ketik Koleksi.

  2. Leret ke kiri pada koleksi yang anda mahu padamkan, kemudian ketik Padam.

    Memadam koleksi tidak memadamkan buku atau buku audio dalam koleksi; ia masih dalam pustaka anda.

  3. Ketik Padam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.