Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pastikan fail anda dikemas kini secara automatik pada iPhone dan komputer anda dengan iCloud

Dengan iCloud, anda boleh menyimpan fail, foto, video dan banyak lagi dalam awan supaya anda boleh mengaksesnya pada semua peranti anda. Anda melihat maklumat yang sama pada iPhone dan Mac anda (OS X 10.10 atau lebih baharu) atau Windows PC (Windows 7 atau lebih baharu). Anda mesti daftar masuk menggunakan Apple ID anda pada iPhone anda dan komputer anda.

Nota: iCloud menyediakan akaun e-mel untuk anda dan 5 GB storan percuma untuk data anda. Untuk mendapatkan lebih storan dan ciri tambahan, anda boleh melanggan iCloud+.

Sediakan iCloud pada iPhone anda

  1. Pada iPhone anda, pergi ke Seting  > [nama anda].

    Jika anda tidak melihat [nama anda], ketik “Daftar masuk ke [peranti] anda”, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan anda.

  2. Ketik iCloud, kemudian aktifkan item untuk menyimpan datanya dalam awan.

    Skrin seting iCloud menunjukkan meter storan iCloud dan senarai app dan ciri, termasuk Mail, Kenalan dan Mesej yang boleh digunakan dengan iCloud.

    Contohnya, aktifkan iCloud Drive untuk membuatkan fail anda dalam iCloud Drive tersedia kepada komputer anda.

Sediakan iCloud pada Mac anda

  1. Ikuti arahan untuk menyediakan ciri iCloud pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.

  2. Aktifkan item yang sama yang anda aktifkan untuk iPhone.

Sediakan iCloud pada Windows PC anda

  1. Ikuti arahan untuk menyediakan ciri iCloud dalam Panduan Pengguna iCloud untuk Windows.

  2. Aktifkan item yang sama yang anda aktifkan untuk iPhone, kemudian klik Gunakan.

Anda juga boleh mengakses maklumat anda dalam iCloud dari mana-mana sahaja menggunakan pelayar web yang disyorkan dalam artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud dan mendaftar masuk ke iCloud.com dengan Apple ID anda.

Nota: Sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. iCloud mungkin tidak tersedia di semua kawasan dan ciri iCloud mungkin berbeza mengikut kawasan. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud. Untuk mendapatkan maklumat tentang ciri, pergi ke apple.com/icloud/.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.