Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Buat rakaman dalam Memo Suara pada iPhone

Dengan app Memo Suara (terletak dalam folder Utiliti), anda boleh menggunakan iPhone sebagai peranti rakaman mudah alih untuk merakam nota peribadi, kuliah bilik darjah, idea muzik dan banyak lagi. Anda boleh menala halus rakaman anda dengan alat pengeditan seperti pangkas, ganti dan sambung.

Nota: Untuk menjadikan app Memo Suara lebih mudah dicari dan dibuka, anda boleh mengalihkannya daripada folder Utiliti ke Skrin Utama.

Rakam memo suara menggunakan mikrofon terbina dalam, headset disokong, atau mikrofon luaran.

Apabila Memo Suara diaktifkan dalam seting iCloud atau keutamaan iCloud, rakaman anda kelihatan dan dikemas kini secara automatik pada iPhone, iPad dan Mac anda yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.

Rakaman Memo Suara sedang berlangsung, dengan butang Jeda yang aktif dan kawalan yang dimalapkan untuk bermain, melangkau ke depan 15 saat dan melangkau ke belakang 15 saat. Bahagian utama skrin menunjukkan bentuk gelombang rakaman yang sedang berlangsung, bersama dengan penunjuk masa. Penunjuk Mikrofon Sedang Digunakan berwarna jingga kelihatan di bahagian kanan atas.

Buat rakaman asas

  1. Untuk memulakan rakaman, ketik butang Rakam.

    Untuk melaraskan aras rakaman, dekatkan atau jauhkan mikrofon daripada rakaman anda.

  2. Ketik butang Henti untuk selesai merakam.

Rakaman anda disimpan dengan nama Rakaman Baharu atau nama lokasi anda, jika Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting  > Privasi & Keselamatan. Untuk menukar nama, ketik rakaman, kemudian ketik nama dan taipkan yang baharu.

Untuk menala halus rakaman anda, lihat Edit rakaman dalam Memo Suara.

Nota: Untuk privasi anda, apabila anda menggunakan Memo Suara untuk membuat rakaman, titik jingga kelihatan di bahagian atas skrin anda untuk menandakan mikrofon anda sedang digunakan.

Gunakan ciri rakaman lanjutan

Anda boleh membuat rakaman dalam bahagian, menjeda dan meneruskan semasa anda merakam.

  1. Untuk memulakan rakaman, ketik butang Rakam.

    Untuk melaraskan aras rakaman, dekatkan atau jauhkan mikrofon daripada rakaman anda.

    Untuk melihat lebih butiran semasa anda merakam, leret ke atas dari bahagian atas bentuk gelombang.

  2. Ketik butang Jeda untuk menghentikan rakaman; ketik Teruskan untuk meneruskan.

  3. Untuk melihat semula rakaman anda, ketik butang Main.

    Untuk menukar lokasi main balik bermula, seret bentuk gelombang ke kiri atau kanan merentas penunjuk main sebelum anda mengetik butang Main.

  4. Untuk menyimpan rakaman, ketik Selesai.

Rakaman anda disimpan dengan nama Rakaman Baharu atau nama lokasi anda, jika Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting  > Privasi & Keselamatan. Untuk menukar nama, ketik rakaman, kemudian ketik nama dan taipkan yang baharu.

Untuk menala halus rakaman anda, lihat Edit atau padam rakaman dalam Memo Suara.

Senyapkan nada mula dan henti

Semasa merakam, gunakan butang turunkan kelantangan iPhone untuk merendahkan kelantangan sehingga senyap.

Gunakan app lain semasa merakam

Semasa anda merakam dalam Memo Suara, anda boleh pergi ke Skrin Utama, buka app lain dan gunakan app tersebut, selagi ia tidak memainkan audio pada peranti anda. Jika app mula memainkan audio, Memo Suara berhenti merakam.

Pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, anda boleh melihat kemajuan rakaman anda dalam Dynamic Island di bahagian atas Skrin Utama dan dalam app lain. Anda boleh mengetik Dynamic Island untuk menavigasi kembali ke Memo Suara. Lihat Lihat aktiviti dalam Dynamic Island pada iPhone.

Skrin Utama iPhone 14 Pro, menunjukkan rakaman Memo Suara dalam Dynamic Island.

Anda boleh menyentuh dan menahan Dynamic Island untuk mengembangkannya. Apabila anda mengembangkannya, butang Henti kelihatan dalamnya, membenarkan anda berhenti merakam tanpa kembali ke Memo Suara.

Jika Memo Suara diaktifkan dalam seting iCloud atau keutamaan iCloud, rakaman anda disimpan dalam iCloud dan kelihatan secara automatik pada iPhone, iPad dan Mac anda yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Pastikan rakaman terkini dalam Memo Suara pada iPhone.

Rakaman yang menggunakan mikrofon terbina dalam adalah mono, tetapi anda boleh merakam stereo menggunakan mikrofon stereo luaran yang berfungsi dengan iPhone. Cari aksesori yang ditandakan dengan logo “Made for iPhone” atau “Works with iPhone” Apple.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.