Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Strim video dan foto ke Apple TV atau TV pintar secara wayarles daripada iPhone

Anda boleh menggunakan Apple TV atau TV pintar yang didayakan AirPlay 2 anda untuk menonton video dan melihat foto yang distrim daripada iPhone anda.

Mainkan video pada Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2

  1. Semasa memainkan video dalam app Apple TV atau app video lain yang disokong pada iPhone anda, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan.

  2. Ketik butang AirPlay , kemudian pilih Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2 anda sebagai destinasi main balik.

    Jika kod laluan AirPlay kelihatan pada skrin TV, masukkan kod laluan pada iPhone anda.

Untuk menukar destinasi main balik, pilih pilihan AirPlay berbeza pada skrin iPhone anda.

Filem dimainkan pada skrin iPhone. Di bahagian bawah skrin ialah kawalan main balik, termasuk butang AirPlay berhampiran bahagian kanan bawah.

Tunjukkan foto pada Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2

  1. Dalam Foto pada iPhone anda, ketik foto, kemudian ketik butang Kongsi.

  2. Leret ke atas, ketik butang AirPlay , kemudian pilih Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2 anda sebagai destinasi main balik.

    Jika kod laluan AirPlay kelihatan pada skrin TV, masukkan kod laluan pada iPhone anda.

Untuk berhenti menstrim foto, ketik butang AirPlay berhampiran bahagian atas skrin iPhone anda, kemudian ketik Nyahaktifkan AirPlay.

Aktifkan atau nyahaktifkan penstriman AirPlay automatik

Anda boleh membenarkan iPhone anda menemui dan bersambung secara automatik ke sebarang Apple TV atau TV pintar yang kerap digunakan semasa memainkan kandungan daripada app yang anda kerap gunakan dengan AirPlay.

Pergi ke Seting  > Umum > AirPlay & Handoff, kemudian pilih Automatik, Jangan, atau Tanya.

Cerminkan iPhone anda pada Apple TV atau TV pintar

Pada Apple TV atau TV pintar, anda boleh menunjukkan apa-apa sahaja yang kelihatan pada iPhone anda.

  1. Buka Pusat Kawalan pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Pencerminan Skrin, kemudian pilih Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2 anda sebagai destinasi main balik.

    Jika kod laluan AirPlay kelihatan pada skrin TV, masukkan kod laluan pada iPhone anda.

Untuk bertukar semula ke iPhone, buka Pusat Kawalan, ketik butang Pencerminan Skrin, kemudian ketik Hentikan Pencerminan.

Nota: Untuk senarai TV pintar didayakan AirPlay 2, lihat Tapak web aksesori Rumah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan Apple TV, lihat Panduan Pengguna Apple TV.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.