Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Asas kamera iPhone

Ketahui cara untuk mengambil foto dengan Kamera pada iPhone anda. Pilih daripada mod kamera seperti Foto, Video, Sinematik, Pano dan Potret serta zum masuk atau keluar untuk membingkaikan syot anda.

Kamera dalam mod Foto, dengan mod lain di bahagian kiri dan kanan di bawah pencari paparan. Butang untuk Denyar, Kawalan Kamera dan Live Photo kelihatan di bahagian atas skrin. Butang Pemapar Foto dan Video berada di penjuru kiri bawah. Butang Ambil Gambar berada di bahagian tengah bawah dan butang Pemilih Kamera Pandang Belakang di penjuru kanan bawah.

Buka Kamera

Untuk membuka Kamera, lakukan mana-mana daripada berikut:

Nota: Untuk keselamatan anda, titik hijau kelihatan di penjuru kanan atas skrin semasa Kamera sedang digunakan. Lihat Kawal akses kepada ciri perkakasan.

Ambil foto

Buka Kamera, kemudian ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil syot.

Bertukar antara mod kamera

Foto ialah mod standard yang anda lihat apabila anda membuka Kamera. Gunakan mod Foto untuk mengambil foto pegun dan Live Photos. Leret ke kiri atau kanan pada skrin kamera untuk memilih satu daripada mod kamera yang berikut:

Untuk menyimpan mod selain daripada Foto sebagai mod lalai apabila anda membuka Kamera, lihat Simpan seting kamera pada iPhone.

Zum masuk atau keluar

  • Pada semua model, buka Kamera dan cubit skrin untuk zum masuk atau keluar.

  • Pada model iPhone dengan sistem Dua dan Tiga kamera, togol antara 0.5x, 1x, 2x, 2.5x dan 3x untuk zum masuk atau keluar dengan cepat (bergantung pada model anda). Untuk zum yang lebih tepat, sentuh dan tahan kawalan zum, kemudian seret gelangsar ke kanan atau kiri.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.