Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar kata laluan yang lemah atau diceroboh pada iPhone

Jika anda mencipta dan menyimpan kata laluan anda sendiri untuk tapak web dan app, iPhone mengenal pasti kelemahan biasa secara automatik (contohnya jika kata laluan mudah diteka atau digunakan berbilang kali). iPhone juga boleh memantau kata laluan anda dengan selamat dan memberi isyarat kepada anda jika kata laluan kelihatan dalam kebocoran data yang diketahui.

Tukar kata laluan yang lemah atau diceroboh

  1. Pergi ke Seting  > Kata Laluan > Pengesyoran Keselamatan.

    Jika akaun mempunyai kata laluan yang lemah atau diceroboh, mesej menerangkan masalah.

  2. Ketik akaun.

  3. Ketik medan Kata Laluan, kemudian ketik Salin Kata Laluan supaya anda boleh menampalnya di tempat ia diminta—contohnya, semasa anda mencipta kata laluan baharu dan anda diminta untuk memasukkan kata laluan lama anda.

  4. Ketik Tukar Kata Laluan, kemudian tukar kata laluan anda pada tapak web atau dalam app.

    Jika tapak web atau app membenarkan anda menaik taraf untuk Daftar masuk dengan Apple, anda boleh memanfaatkan keselamatan dan kemudahan ciri tersebut. Jika anda tidak diberikan pilihan naik taraf semasa anda menukar kata laluan anda, banyak akaun membenarkan iPhone mencipta kata laluan kukuh secara automatik yang tidak perlu anda ingat.

Nota: Jika iPhone memberi amaran kepada anda tentang kata laluan lemah untuk tapak web atau app yang tidak lagi tersedia, anda boleh mengeluarkan akaunnya daripada iPhone dan Rantai Kunci iCloud anda. Pergi ke Seting  > Kata Laluan, kemudian leret ke kiri pada akaun.

Sembunyikan pengesyoran keselamatan

Anda boleh menyembunyikan pengesyoran keselamatan supaya anda tidak perlu terus menyemak jika anda tidak dapat menyelesaikannya.

  1. Pergi ke Seting  > Kata Laluan > Pengesyoran Keselamatan, kemudian ketik akaun.

  2. Dalam bahagian Pengesyoran Keselamatan, ketik butang Tutup, kemudian ketik Sembunyikan.

Untuk melihat pengesyoran kemudian, pergi ke Seting > Kata Laluan > Pengesyoran Keselamatan, skrol ke bahagian bawah skrin, kemudian ketik Syor Keselamatan Tersembunyi. Untuk menunjukkan semula semua pengesyoran keselamatan, ketik Reset Syor Keselamatan Tersembunyi.

Aktifkan atau nyahaktifkan pengesanan kata laluan diceroboh

iPhone boleh memantau kata laluan anda dan memaklumkan anda jika kata laluan kelihatan dalam kebocoran data yang diketahui.

Pergi ke Seting  > Kata Laluan > Pengesyoran Keselamatan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Kesan Kata Laluan Diceroboh.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.