Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Daftar masuk dengan kunci laluan pada iPhone

Kunci laluan memberi anda cara yang mudah dan selamat untuk mendaftar masuk tanpa kata laluan dengan bergantung pada Face ID (model disokong) atau Touch ID (model disokong) untuk mengenal pasti anda apabila anda mendaftar masuk ke tapak web dan app yang disokong.

Pengenalan kepada kunci laluan

Berdasarkan standard industri untuk pengesahan akaun, kunci laluan lebih mudah digunakan daripada kata laluan dan lebih selamat.

Kunci laluan ialah entiti kriptografi yang tidak kelihatan kepada anda dan digunakan sebagai pengganti kata laluan. Kunci laluan mengandungi pasangan kunci, yang—berbanding kata laluan—meningkatkan keselamatan dengan lebih lagi. Satu kunci bersifat awam, didaftarkan dengan tapak web atau app yang anda gunakan. Kunci yang lain adalah peribadi, yang dipegang oleh peranti anda sahaja. Dengan penggunaan teknik kriptografi standard industri yang berkuasa, pasangan kunci ini membantu memastikan hubungan peribadi yang kukuh antara peranti anda dan tapak web atau app. Kunci laluan mempunyai ciri dan kemudahan tambahan ini:

  • Kunci laluan sentiasa kukuh dan tidak boleh diteka oleh penggodam.

  • Kunci hanya dipautkan dengan tapak web atau app yang dicipta, justeru melindungi anda daripada ditipu untuk menggunakan kunci laluan bagi mendaftar masuk ke tapak web atau app palsu.

  • iPhone anda menyimpan kunci laluan dalam Rantai Kunci iCloud, jadi kunci tersedia pada semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda (iOS 16, iPadOS 16, macOS Ventura atau tvOS 16 diperlukan).

  • Kunci disulitkan hujung ke hujung dalam Rantai Kunci iCloud, jadi tiada sesiapa—termasuk Apple—boleh membacanya.

  • Kunci peribadi tidak meninggalkan peranti anda, jadi kunci tidak boleh dibocorkan daripada tapak web atau app.

  • Anda tidak perlu mencipta, mengawal, atau mengingati kunci.

  • Anda boleh menggunakan AirDrop untuk berkongsi kunci laluan secara selamat dengan orang lain.

  • Anda boleh menggunakan kunci laluan pada iPhone anda untuk mendaftar masuk ke akaun pada peranti bukan Apple.

Kunci laluan pada iPhone memerlukan anda menggunakan Rantai Kunci iCloud. Jika anda tidak mengaktifkan Rantai Kunci iCloud semasa anda cuba menyimpan kunci laluan, anda akan diminta untuk mengaktifkannya. Kunci laluan juga memerlukan pengesahan dua faktor didayakan untuk Apple ID anda.

Nota: Kunci laluan ialah standard keselamatan merentas industri dan banyak tapak web serta app sedang menambah sokongan kunci laluan dengan cepat.

Simpan kunci laluan untuk akaun

Bergantung pada tapak web, pelayar, atau app, menyimpan kunci laluan ke iPhone anda dan Rantai Kunci iCloud biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan ini.

  1. Pada iPhone anda, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Untuk akaun baharu: Pada skrin daftar akaun, masukkan nama akaun.

    • Untuk akaun sedia anda: Daftar masuk dengan kata laluan anda, kemudian pergi ke skrin pengurusan akaun.

  2. Apabila anda melihat pilihan untuk menyimpan kunci laluan bagi akaun, ketik Teruskan.

    Kunci laluan anda disimpan.

    Skrin daftar masuk yang bertanya sama ada untuk menyimpan kunci laluan bagi akaun. Butang Teruskan dan Pilihan Lain berada di bahagian bawah skrin.

Nota: Jika anda mahu menyimpan kelayakan anda ke kunci keselamatan luaran atau ke peranti berbeza yang tidak dikaitkan dengan Apple ID, anda mungkin perlu memilih Pilihan Lain, Simpan pada Peranti Lain, atau yang serupa (dan bukannya Teruskan). Kemudian ikuti arahan atas skrin.

Simpan kunci laluan ke iPhone anda semasa menggunakan komputer atau peranti yang bukan milik anda

Semasa menggunakan peranti yang tidak dikaitkan dengan Apple ID (seperti komputer di perpustakaan awam, kafe internet, atau rumah rakan), anda boleh menyimpan kunci laluan ke iPhone anda (dan Rantai Kunci iCloud) dan bukannya peranti lain. Menyimpan kunci laluan ke iPhone anda biasanya merangkumi langkah berikut:

  1. Pada peranti lain, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Untuk akaun baharu: Pada skrin daftar akaun, masukkan nama akaun.

    • Untuk akaun sedia anda: Daftar masuk dengan kata laluan anda, kemudian pergi ke skrin pengurusan akaun.

  2. Apabila anda melihat pilihan untuk menyimpan kunci laluan bagi akaun, pilih Pilihan Lain, Simpan pada Peranti Lain atau yang serupa (dan bukannya Teruskan).

  3. Ketik “Simpan kunci laluan pada peranti dengan kamera” atau yang serupa, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memaparkan kod QR pada skrin.

  4. Gunakan kamera iPhone anda untuk mengimbas kod QR.

Daftar masuk ke akaun pada iPhone dengan kunci laluan

Bergantung pada tapak web, pelayar, atau app, mendaftar masuk dengan kunci laluan biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan ini.

  1. Pada skrin daftar masuk untuk tapak web atau app, ketik medan nama akaun.

  2. Ketik akaun yang dicadangkan di bahagian bawah skrin atau berdekatan bahagian atas papan kekunci.

  3. Jika iPhone anda mempunyai Touch ID, ikuti arahan atas skrin untuk mengesahkan identiti anda. Jika tidak, Face ID mengesahkan identiti anda.

Nota: Jika anda mahu mendaftar masuk ke iPhone anda menggunakan kunci laluan yang disimpan pada peranti lain tidak dikaitkan dengan Apple ID, anda juga mungkin boleh memilih Pilihan Lain (atau yang serupa) dan bukannya Teruskan. Kemudian ikuti arahan atas skrin.

Daftar masuk ke peranti berbeza dengan kunci laluan yang disimpan pada iPhone anda

iPhone menyimpan kunci laluan anda dalam Rantai Kunci iCloud, jadi kunci digunakan secara automatik apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda pada peranti lain (iOS 16, iPadOS 16, macOS Ventura atau tvOS 16 diperlukan).

Namun, jika anda menggunakan peranti yang tidak dikaitkan dengan Apple ID, anda masih boleh mendaftar masuk ke akaun dengan menggunakan kunci laluan yang disimpan pada iPhone anda. Mendaftar masuk biasanya merangkumi langkah berikut:

  1. Gunakan peranti lain untuk pergi ke skrin daftar masuk akaun anda.

  2. Pada skrin daftar masuk, ketik medan nama akaun.

  3. Ketik “Pilihan lain”, “Kunci laluan daripada peranti berdekatan”, atau yang serupa, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memaparkan kod QR pada skrin.

  4. Gunakan kamera iPhone anda untuk mengimbas kod QR.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.