Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kawal keizinan penjejakan app pada iPhone

Semua app perlu meminta keizinan anda sebelum menjejak anda atau iPhone anda merentas tapak web atau app yang dimiliki oleh syarikat lain untuk pengiklanan atau untuk berkongsi maklumat anda dengan broker data. Selepas anda memberikan atau menolak keizinan pada app, anda boleh menukar keizinan kemudian. Anda juga boleh menghentikan semua app daripada meminta keizinan.

Semak atau tukar keizinan app untuk menjejak anda

  1. Pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Penjejakan.

    Senarai menunjukkan app yang meminta keizinan untuk menjejak anda. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan keizinan untuk sebarang app pada senarai.

  2. Untuk menghentikan semua app daripada meminta keizinan untuk menjejak anda, nyahaktifkan Benarkan App untuk Meminta bagi Menjejak (di bahagian atas skrin).

Untuk mendapatkan maklumat tentang penjejakan app, ketik Ketahui Lanjut berhampiran bahagian atas skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.