Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan muzik pada iPhone

Gunakan app Muzik untuk menikmati muzik yang disimpan pada iPhone serta muzik yang distrim menerusi internet. Dengan langganan Apple Music pilihan, anda boleh mendengar jutaan lagu tanpa iklan, strim dan muat turun fail yang dikodkan menggunakan pemampatan lossless, mendengar ribuan trek Dolby Atmos, mendapat makluman apabila artis kegemaran mengeluarkan muzik baharu dan meneroka muzik bersama rakan. Dengan langganan Apple Music Voice, anda boleh menggunakan Siri untuk menstrim sebarang lagu, album, senarai main atau stesen radio dalam katalog Apple Music.

AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting.

Dapatkan muzik untuk dimainkan pada iPhone dengan cara berikut:

  • Jadi pelanggan Apple Music: Dengan langganan dan sambungan Wi-Fi atau selular, strim sebanyak mungkin muzik yang anda inginkan daripada katalog Apple Music dan pustaka muzik anda. Anda boleh memuat turun lagu, album dan senarai main, serta kongsi muzik dengan rakan. Lihat Langgan Apple Music.

  • Jadi pelanggan Apple Music Voice: Dengan langganan dan sambungan Wi-Fi atau selular, strim sebanyak mungkin muzik yang anda inginkan daripada katalog Apple Music dan memainkan muzik dibeli yang anda tambah ke pustaka muzik anda. Lihat Dengar muzik dengan Apple Music Voice.

  • Sertai Perkongsian Keluarga: Beli langganan Keluarga Apple Music dan semua orang dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda boleh menikmati Apple Music. Lihat Kongsi langganan Apple dan App Store dengan ahli keluarga.

  • Beli muzik daripada iTunes Store: Lihat Dapatkan muzik, filem dan rancangan TV dalam iTunes Store.

  • Selaraskan muzik dengan Muzik (macOS 10.15 atau lebih baharu) atau iTunes (macOS 10.14 atau lebih awal dan Windows PC) pada komputer anda: Lihat Selaraskan kandungan disokong.

  • Dengar radio Apple Music: Radio Apple Music menawarkan tiga stesen radio seluruh dunia menyiarkan secara langsung pada Apple Music—Apple Music 1, Apple Music Hits dan Apple Music Country. Radio Apple Music tersedia pada peranti Apple dan Android serta pelayar web popular di music.apple.com/my.

Nota: Perkhidmatan dan ciri tidak tersedia di semua negara atau rantau dan ciri mungkin berbeza mengikut rantau. Caj tambahan mungkin digunakan apabila menggunakan sambungan selular.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.