Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Simpan ketukan kekunci dengan penggantian teks pada iPhone

Sediakan penggantian teks yang anda boleh gunakan untuk memasukkan perkataan atau frasa dengan menaip hanya beberapa aksara. Contohnya, taipkan “otw” untuk memasukkan “Saya dalam perjalanan!” Ini telah disediakan untuk anda, tetapi anda juga boleh menambah frasa anda sendiri.

Mesej dengan pintasan teks OMW ditaip dan frasa “On my way!” dicadangkan di bawah sebagai teks gantian.

Cipta penggantian teks

  1. Semasa menaip dalam medan teks, sentuh dan tahan kekunci Papan Kekunci Seterusnya, Emoji atau kekunci Tukar Papan Kekunci.

  2. Ketik Seting Papan Kekunci, kemudian ketik Penggantian Teks.

  3. Ketik butang Tambah di bahagian atas kanan.

  4. Taip frasa dalam medan Frasa dan pintasan teks yang anda mahu gunakan untuknya dalam medan Pintasan.

Ada perkataan atau frasa yang anda gunakan dan tidak mahu ia dibetulkan?

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci, kemudian ketik Penggantian Teks.

  2. Ketik butang Tambah di bahagian atas kanan, kemudian masukkan perkataan atau frasa anda dalam medan Frasa, tetapi tinggalkan medan Pintasan kosong.

Cipta penggantian teks untuk perkataan dan pasangan input

Apabila menggunakan papan kekunci Cina atau Jepun yang tertentu, anda boleh mencipta penggantian teks untuk perkataan dan pasangan input. Penggantian teks ditambah pada kamus peribadi anda. Apabila anda menaip pintasan teks untuk perkataan atau input semasa menggunakan papan kekunci yang disokong, perkataan atau input yang dipasangkan digantikan dengan pintasan ditaip.

Pintasan tersedia untuk yang berikut:

  • Bahasa Cina Ringkas: Pinyin

  • Bahasa Cina Tradisional: Pinyin dan Zhuyin

  • Bahasa Jepun: Romaji dan Kana

Gunakan iCloud untuk memastikan kamus peribadi anda kekal terkini pada peranti lain anda

Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan iCloud Drive.

Reset kamus peribadi anda

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Reset.

  2. Ketik Reset Kamus Papan Kekunci.

    Semua perkataan dan pintasan tersuai dipadamkan dan kamus papan kekunci kembali ke keadaan lalainya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.