Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan ciri paras audio fon kepala pada iPhone

Jika anda mendengar audio kuat fon kepala bagi masa yang cukup lama untuk menjejaskan pendengaran anda, iPhone menghantar pemberitahuan kepada anda secara automatik bahawa anda perlu menurunkan kelantangan. Selepas anda menerima pemberitahuan, kali seterusnya anda memasangkan fon kepala anda atau menyambungkannya menggunakan Bluetooth, kelantangan anda disetkan ke paras yang lebih rendah secara automatik. Anda boleh menaikkan kelantangan semula jika anda mahu.

Nota: Bergantung kepada negara atau rantau anda, Pemberitahuan Fon Kepala mungkin diaktifkan secara lalai dan dalam sesetengah negara atau rantau, anda mungkin tidak boleh menyahaktifkannya. Jika dibenarkan dalam negara atau rantau anda, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Pemberitahuan Fon Kepala dalam Seting  > Bunyi & Haptik > Keselamatan Fon Kepala.

Anda boleh mencari pemberitahuan fon kepala pada skrin Ringkasan pada app Kesihatan .

Petua: Untuk menyemak butiran pemberitahuan fon kepala, ketik Layari di bahagian kanan bawah Kesihatan, ketik Pendengaran, kemudian ketik Pemberitahuan Fon Kepala.

Selain itu, anda boleh menggunakan app Seting  untuk mengesetkan paras desibel maksimum yang memastikan audio fon kepala anda berada di paras yang selesa.

Kurangkan bunyi fon kepala kuat dalam Seting

  1. Pergi ke Seting , kemudian ketik Bunyi & Haptik (iPhone 7 atau lebih baharu) atau Bunyi (model lebih awal).

  2. Ketik Keselamatan Fon Kepala.

  3. Aktifkan Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian seret gelangsar.

    iPhone menganalisis audio fon kepala dan mengurangkan sebarang bunyi di atas paras yang anda setkan.

    Skrin Keselamatan Fon Kepala, menunjukkan bilangan pemberitahuan fon kepala dihantar dalam tempoh 6 bulan sebelumnya, butang untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan seting Kurangkan Bunyi Kuat, gelangsar untuk menukarkan paras desibel maksimum dan had desibel dipilih iaitu 85 desibel.

    Nota: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga, anda boleh menghalang mereka daripada menukar paras Kurangkan Bunyi Kuat. Pergi ke Seting > Masa Skrin > Pengehadan Kandungan & Privasi > Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian pilih Jangan Benarkan.

Tingkatkan ketepatan ukuran audio untuk fon kepala Bluetooth pihak ketiga

Kelaskan peranti Bluetooth anda sebagai fon kepala, speaker atau peranti lain.

  1. Pergi ke Seting  > Bluetooth, kemudian ketik butang Tindakan Tersedia bersebelahan nama peranti.

  2. Ketik Jenis Peranti, kemudian pilih pengelasan.

Pengukuran audio fon kepala adalah paling tepat semasa menggunakan fon kepala Apple atau Beats. Audio yang dimainkan menerusi fon kepala lain boleh dianggarkan berdasarkan kelantangan iPhone anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.