Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Peribadikan memori anda dalam Foto pada iPhone

Dalam app Foto , anda boleh mengedit memori anda untuk menjadikannya lebih peribadi. Cuba campuran Memori, yang membolehkan anda menggunakan lagu berbeza dengan rupa fotografi yang sepadan. Anda juga boleh memilih lagu baharu, mengedit tajuk memori, menukar panjang dan mengeluarkan foto. Pelanggan Apple Music boleh menambah daripada jutaan lagu yang tersedia dalam pustaka Apple Music.

Tambah campuran Memori

Campuran memori ialah gabungan diurus lagu, kadar dan gaya berbeza yang menukar rupa dan perasaan memori.

  1. Ketik Untuk Anda, kemudian ketik memori untuk memainkannya.

  2. Ketik skrin, kemudian ketik butang Campuran Memori.

  3. Leret ke kiri untuk melihat campuran Memori berlainan.

  4. Ketik skrin untuk menggunakan campuran Memori.

    Campuran Memori dalam app Foto. Foto dalam memori berada di tengah skrin; di bahagian bawah foto ialah titik yang menandakan pilihan campuran Memori yang dipaparkan. Titik keenam diserlahkan. Di penjuru kanan bawah ialah kulit album, tajuk lagu, nama lagu dan penapis yang terdapat dalam campuran Memori ini. Di penjuru kanan bawah ialah butang Muzik dan Penapis. Di penjuru kiri atas ialah butang Balik.

Tukar rupa Memori

Gunakan rupa Memori untuk menggunakan pelarasan warna dan gaya yang konsisten pada semua foto dalam memori.

  1. Mainkan memori, kemudian ketik skrin.

  2. Ketik butang Campuran Memori, kemudian ketik butang Penapis.

  3. Ketik rupa Memori, kemudian ketik Selesai.

Tukar muzik memori

Anda boleh menukar muzik memori dengan memilih daripada lagu tema memori atau lagu Apple Music yang dicadangkan. Pelanggan Apple Music juga boleh mengakses pustaka Apple Music mereka dan melihat lagu dicadangkan berdasarkan keutamaan muzik atau kandungan memori.

  1. Mainkan memori, kemudian ketik skrin.

  2. Ketik butang campuran Memori, kemudian ketik butang Muzik.

    Pelanggan Apple Music boleh mengetik butang Cari untuk mencari lagu dalam pustaka Apple Music.

  3. Ketik lagu, kemudian ketik Selesai.

Edit tajuk dan sari kata memori

Anda boleh mengedit tajuk dan sari kata memori.

  1. Ketik butang Lagi di penjuru kanan atas memori, kemudian ketik Tukar Tajuk.

  2. Masukkan tajuk atau sari kata baharu dalam medan teks, kemudian ketik Simpan.

Tukar panjang memori

Bergantung pada bilangan foto dalam memori, anda boleh menukar panjang memori menjadi pendek, sederhana, atau panjang.

  1. Mainkan memori, kemudian ketik skrin.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Pendek, Sederhana, atau Panjang.

Tambah atau keluarkan foto daripada memori

  1. Mainkan memori, kemudian ketik skrin.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Urus Foto.

  3. Ketik foto tanpa tanda semak untuk menambahnya ke memori; ketik foto dengan tanda semak untuk mengeluarkannya daripada memori.

  4. Ketik Selesai.

Padamkan memori

  1. Ketik Untuk Anda, kemudian ketik butang Lagi di penjuru kanan atas memori yang anda mahu padam.

  2. Ketik Padam Memori.

Tampilkan sesetengah kandungan kurang kerap dalam memori

Anda boleh membuatkan orang dan foto tertentu kurang berkemungkinan untuk kelihatan dalam memori dan foto ditampilkan anda, serta dalam widget Foto.

  1. Ketik Untuk Anda, kemudian ketik butang Lagi di penjuru kanan atas memori.

  2. Ketik Tampilkan Kurang, kemudian pilih untuk menampilkan lebih kurang foto orang, tarikh, atau tempat tertentu daripada memori tersebut.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.