Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ambil gambar skrin atau rakaman skrin pada iPhone

Anda boleh mengambil gambar skrin, seperti sedia ada, atau rakaman tindakan pada skrin untuk dikongsi dengan orang lain atau digunakan dalam dokumen.

Ambil gambar skrin

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pada iPhone dengan Face ID: Tekan dan lepas butang sisi dan butang naikkan kelantangan secara serentak.

    • Pada iPhone dengan butang Utama: Tekan dan kemudian lepas butang Utama dan butang sisi secara serentak.

  2. Ketik gambar skrin di penjuru kiri bawah, kemudian ketik Selesai.

  3. Pilih Simpan ke Foto, Simpan ke Fail, atau Padam Gambar Skrin.

    Jika anda memilih Simpan ke Foto, anda boleh melihatnya dalam album Gambar Skrin dalam app Foto, atau dalam album Semua Foto jika Foto iCloud diaktifkan dalam Seting  > Foto.

Simpan gambar skrin halaman penuh sebagai PDF

Anda boleh mengambil gambar skrin halaman penuh diskrol untuk halaman web, dokumen atau e-mel yang melebihi panjang skrin iPhone anda, kemudian simpannya sebagai PDF.

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pada iPhone dengan Face ID: Tekan dan lepas butang sisi dan butang naikkan kelantangan secara serentak.

    • Pada iPhone dengan butang Utama: Tekan dan kemudian lepas butang Utama dan butang sisi secara serentak.

  2. Ketik gambar skrin di penjuru kiri bawah, kemudian ketik Halaman Penuh.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Simpan gambar skrin: Ketik Selesai, pilih Simpan PDF ke Fail, pilih lokasi, kemudian ketik Simpan.

    • Kongsi gambar skrin: Ketik butang Kongsi, pilih pilihan perkongsian (contohnya AirDrop, Mesej atau Mail), masukkan sebarang maklumat lain yang diminta, kemudian hantar PDF.

Cipta rakaman skrin

Anda boleh mencipta rakaman skrin dan menangkap bunyi pada iPhone anda.

  1. Pergi ke Seting  > Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Masukkan Rakaman Skrin bersebelahan Rakaman Skrin.

  2. Buka Pusat Kawalan, ketik butang Rakaman Skrin, kemudian tunggu kira detik tiga saat.

  3. Untuk berhenti merakam, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Rakaman Skrin Dipilih atau bar status merah di bahagian atas skrin, kemudian ketik Henti.

Pergi ke Foto , kemudian pilih rakaman skrin anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.