Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting untuk arah dituturkan dalam Peta pada iPhone

Aktifkan atau nyahaktifkan arah dituturkan

Pada peta, ketik butang audio (sebagai contoh, butang Semua Panduan), kemudian pilih pilihan.

Butang

Perihalan

Butang Semua Panduan.

Semua arah dituturkan.

Butang Isyarat Sahaja.

Hanya isyarat pemanduan dituturkan.

Butang Tiada Panduan.

Tiada arah dituturkan.

Tukar kelantangan untuk arah dituturkan

Tekan butang kelantangan pada sisi iPhone.

Tukar seting lain untuk arah dituturkan

Pergi ke Seting  > Peta > Arah Dituturkan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan pilihan berikut:

  • Arah Menjeda Audio Dituturkan: Aktifkan seting ini untuk menjedakan audio dituturkan (seperti podcast dan buku audio) apabila anda menerima arah dituturkan.

  • Arah Membangunkan Peranti: Aktifkan seting ini untuk membangunkan paparan iPhone apabila anda menerima arah dituturkan semasa mengikuti arah memandu atau berbasikal.

  • Arah pada Radio: Pada kereta yang disokong, aktifkan seting ini untuk mendengar arah dituturkan apabila anda mendengar radio.

Arah dituturkan pusingan demi pusingan memerlukan iPhone disambungkan ke internet dan Lokasi Tepat mesti diaktifkan. Kadar data selular mungkin dikenakan (lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone).

Nota: Arah dituturkan pusingan demi pusingan tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.