Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan rakaman dalam Memo Suara pada iPhone

Dalam app Memo Suara , ketik rakaman dan gunakan kawalan main balik untuk mendengarnya.

Skrin senarai Memo Suara dengan rakaman dipilih di bahagian atas. Garis masa rakaman mempunyai penunjuk main, yang anda boleh seret ke tempat khusus dalam rakaman. Terdapat masa permulaan dan penghujung di kedua-dua belah garis masa. Di atas garis masa ialah butang Lagi Tindakan, yang anda boleh ketik untuk salin, edit, atau duplikasikan rakaman dan banyak lagi. Di bawah garis masa ialah butang Seting Main Balik, yang anda boleh gunakan untuk mengesetkan pilihan main balik, butang langkau ke belakang 15 saat, butang main, butang langkau ke depan 15 saat dan butang padam. Di bawah kawalan ini ialah senarai rakaman yang boleh dibuka dengan satu ketikan.

Control

Perihalan

Butang Main.

Main

Butang Jeda.

Jeda

Butang Putar Balik Lima Belas Saat.

Langkau ke belakang 15 saat

Butang Maju Pantas Lima Belas Saat.

Langkau ke depan 15 saat

Petua: Semasa rakaman dibuka, anda boleh mengetik namanya untuk menamakannya semula.

Tukar kelajuan main balik

Anda boleh memainkan rakaman pada kelajuan yang lebih laju atau lebih perlahan.

  1. Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu mainkan.

  2. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian seret gelangsar ke arah kura-kura untuk kelajuan yang lebih perlahan, atau ke arah arnab kelajuan yang lebih laju.

  3. Ketik butang Tutup, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Nota: Menukar kelajuan main balik tidak menukar rakaman, hanya kelajuan rakaman dimainkan.

Tingkatkan rakaman

Semasa memainkan rakaman, anda boleh meningkatkannya untuk mengurangkan bunyi dan gema latar belakang.

  1. Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu tingkatkan.

  2. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian aktifkan Tingkatkan Rakaman.

  3. Ketik butang Tutup, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Nota: Mengaktifkan Tingkatkan Rakaman tidak akan menukar rakaman, hanya bunyi rakaman semasa anda memainkannya.

Langkau jurang semasa memainkan balik rakaman

Memo Suara boleh menganalisis audio anda dan melangkau jurang semasa memainkannya.

  1. Ketik rakaman yang anda mahu mainkan.

  2. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian aktifkan Langkau Senyap.

  3. Ketik butang Tutup, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Nota: Mengaktifkan Langkau Senyap tidak akan menukar rakaman, hanya bunyi rakaman semasa anda memainkannya.

Nyahaktifkan pilihan main balik

Untuk mengembalikan semua pilihan main balik kepada seting asalnya, ketik butang Seting Main Balik, kemudian ketik Reset.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.