Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Terjemahkan teks dalam app pada iPhone

Pada iPhone, anda boleh menterjemahkan teks dalam app seperti Kamera, Foto, Safari, Mesej, Mail, app pihak ketiga disokong dan banyak lagi.

Nota: Terjemahan tersedia untuk bahasa disokong. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Terjemah teks dalam app

Anda boleh memilih sebarang teks untuk diterjemahkan dalam app seperti Safari, Mesej, Mail, app pihak ketiga disokong dan banyak lagi. Apabila anda memasukkan teks pada iPhone, anda juga boleh menggantikan perkara yang anda tulis dengan terjemahan.

  1. Pilih teks yang anda mahu terjemah, kemudian ketik Terjemah.

    Jika anda tidak melihat Terjemah, ketik butang Tunjukkan Lagi Item untuk melihat lebih banyak pilihan.

  2. Di bawah terjemahan teks, pilih mana-mana yang berikut:

    • Gantikan dengan Terjemahan: Gantikan teks asal anda dengan terjemahan (tersedia hanya apabila menterjemah teks boleh diedit).

    • Salin Terjemahan: Salin dan tampal terjemahan di tempat lain, seperti app berbeza.

    • Pilih Bahasa: Pilih mana-mana daripada bahasa disokong untuk teks asal dan terjemahan.

    • Tambah ke Kegemaran: Tambahkan terjemahan ke senarai kegemaran.

    • Buka dalam Terjemah: Lakukan lebih banyak lagi dengan terjemahan dalam app Terjemah.

    • Dengar Teks Asal: Ketik lagi, kemudian ketik butang Main Kelabu untuk mendengar teks asal.

    • Dengar Teks Diterjemah: Ketik butang Main Biru untuk mendengar teks diterjemah.

Terjemahkan teks dalam app Kamera

Pada model disokong, anda boleh menggunakan app Kamera untuk menterjemahkan teks di sekeliling anda—contohnya, seperti menu restoran atau resipi.

  1. Buka app Kamera , kemudian tempatkan iPhone supaya teks kelihatan pada skrin.

  2. Apabila bingkai kuning kelihatan di sekeliling teks dikesan, ketik butang Kesan Teks.

  3. Pilih teks untuk diterjemah, kemudian ketik Terjemah.

    Jika anda tidak melihat Terjemah, ketik butang Tunjukkan Lagi Item untuk melihat lebih banyak pilihan.

Terjemahkan teks dalam foto

Pada model disokong, apabila anda melihat foto yang menyertakan teks, ketik butang Kesan Teks, sentuh dan tahan teks yang anda mahu terjemahkan, kemudian ketik Terjemah.

Jika anda tidak melihat Terjemah, ketik butang Tunjukkan Lagi Item untuk melihat lebih banyak pilihan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.