Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah foto, video dan banyak lagi ke nota pada iPhone

Dalam app Nota , anda boleh menambahkan foto, video dan info daripada app lain, seperti peta, pautan dan dokumen, kepada nota.

Tambahkan foto atau video

  1. Dalam nota, ketik butang Kamera.

  2. Pilih foto atau video daripada pustaka foto anda, atau ambil gambar atau video baharu.

  3. Untuk menukar saiz pratonton lampiran, sentuh dan tahan lampiran, kemudian ketik Imej Kecil atau Imej Besar.

Petua: Untuk melukis pada foto, ketik foto, kemudian ketik butang Alat Tulisan Tangan.

Untuk menyimpan foto atau video yang anda ambil dalam Nota ke app Foto, pergi ke Seting  > Nota, kemudian aktifkan Simpan ke Foto.

Tambahkan info daripada app lain ke nota

Anda boleh menambahkan maklumat daripada app lain sebagai lampiran ke nota—sebagai contoh, lokasi dalam Peta, halaman web dalam Safari, PDF dalam Fail, atau gambar skrin.

  1. Dalam app lain, buka item yang anda mahu kongsikan (contohnya, peta atau halaman web).

  2. Ketik Kongsi atau butang Kongsi, kemudian ketik Nota atau Tambah ke Nota Cepat.

Lihat Cipta Nota Cepat di mana-mana pada iPhone.

Lihat semua lampiran dalam Nota

  1. Di atas senarai nota, ketik butang Tindakan Folder, kemudian ketik Lihat Lampiran untuk melihat imej kecil lukisan, foto, pautan, dokumen dan lampiran lain. (Lampiran dalam nota dikunci tidak ditunjukkan.)

  2. Untuk pergi ke nota dengan lampiran tertentu, ketik imej kecil lampiran, kemudian ketik Tunjukkan dalam Nota.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.